Jun 9

BINTANG AF8 SIBUK PROMOSIKAN ALBUM AF8 HITS (MURAI)

Ore: 13:50 - Tags: JOURNAL BLOGS


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2010: Tuah nampaknya menyebelahi kesemua 12 bintang realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Ain, Anum, Erma, Adira, Farina, Daus, Nad, Shah, Alif, Shahir, Iwan dan Maulana.

Apa tidaknya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah bertindak agresif apabila membuat pelaburan bagi menerbitkan lagu single untuk setiap seorang daripada mereka sebagai strategi permulaan promosi serta cabaran menghadapi persaingan pasaran industri muzik tempatan.

Usaha dan kesungguhan AESB membuahkan hasil apabila ke semua dua belas (12) buah lagu telah mula berkumandang di corong-corong radio tempatan iaitu Berakhir Sebelum Bermula nyanyian Anum, Hati Hati (Ema), Bernafas Lagi (Shah), Aku Sudah Merdeka –(Nad), Bangun Semula (Alif), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Hujung Minggu (Farina), Kenapa(Daus), Penanggung Sepi (Ain), RSVP (Maulana) dan V.I.P (Iwan).

Sehingga kini, lagu nyanyian Nad berjudul Aku Sudah Merdeka telah berjaya berada di tangga ke-2dan lagu nyanyian Alif berjudul Bangun Semula pula selesa berada di tangga ke-4 di Carta Prebiu Era.

Selain itu, video muzik finalis AF8 juga sudah mula ke udara di semua saluran-saluran Astro sebaik sahaja berakhir konsert final. Video muzik finalis AF8 mendapat sambutan cukup hangat pelayar jaring lebar, terutamanya ‘Youtube’. Ternyata, dua hari selepas konsert final, pelayar-pelayar jaring lebar muzik video finalis AF8 telah mencatat hampir 500,000 pengunjung.

Kesinambungan dari pada sambutan hangat yang diberikan itu, sebanyak 3,000 unit album AF8 Hits telah ditempah walaupun ianya baru sahaja dipasarkan sejak 23 Mei yang lalu di seluruh Malaysia.

Bagi menghangatkan lagi rangka promosi Album AF8 Hits, satu program jelajah akan bermula di Selayang Mall, KL pada 12 Jun 2010, KL Sentral, KL ( 13 Jun), Berjaya Times Square, KL (19 Jun) , Dewan Kapitol, Perlis ( 3-4 Julai ), Jaya Jusco Bukit Raja, Klang (10 Julai), Terminal One, Seremban ( 11Julai ), Mahkota Parade, Melaka (17 Julai) dan Kompleks Bukit Jambul, P.Pinang (24 Julai).

Blogged with the Flock Browser
  • Share/Bookmark
Comments: none

No Comments

Leave a comment