Archive for March, 2009

MAESTRO – AESB (mstar)

March 29th, 2009 | Category: JOURNAL BLOGS
Artis Astro diurus AESB mulai 1 April, bukan Maestro lagi

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd Zainir Aminullah mengumumkan mengenai pembubaran Maestro dan AESB mengambil alih semua artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

“SERAMAI 37 artis di bawah Maestro akan diserap bawah AESB. Jadi, Maestro tidak akan ada lagi,” umum Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah semasa sidang media selepas Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia semalam.

Zainir berkata Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) telah memperhalusi proses perniagaan dan membuat keputusan untuk memperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis bersama Maestro Sdn. Bhd. berkuatkuasa pada 1 April ini.

Maestro merupakan anak syarikat Astro yang meliputi Maestro Talent, Maestro Records dan Maestro Publishing.

Kata Zainir, Maestro perlu dibubarkan atas alasan yang kukuh dan dianggap sebagai satu lumrah perniagaan.

“Kami mengambil pendekatan untuk melihat kemajuan Astro dan kami tidak mahu masuk kepada aspek kepincangan.

“Kami membuat keputusan ini selepas membuat penilaian dari segi saiz empayar.

“Perubahan ini merupakan satu kitaran yang akan dilakukan oleh mana-mana syarikat,” ulas Zainir.

Justeru, AESB akan mengambil alih tugas dalam menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing.

“Bagi artis yang masih mempunyai kontrak dengan Maestro, tiada perubahan yang kita lakukan dari segi kontrak.

“Bukan sahaja artis, malah ada juga antara staf Maestro dan ada juga anggota dan pegawai lain yang diserap masuk ke AESB mulai minggu depan.

Segala perjanjian yang telah termaktub tidak akan terjejas berikutan kepada perubahan ini kerana akan terus diuruskan oleh AESB.

AESB yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu juga terus komited dalam melahirkan bintang-bintang tempatan yang bakal mewarnai dunia seni hiburan tanahair dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam mengembangkan kerjaya seni mereka.

“Kita masih buat perkara yang sama dilakukan oleh Maestro dan tidak akan berhenti menerbitkan lagu.

“Kita akan buat berpuluh lagu lagi untuk artis kerana mereka juga nak cari makan,” ujar Zainir.

Ditanya tentang status Ketua Pegawai Operasi Maestro,Freddie Fernandez, Zainir berkata:

“Dia (Freddie) masih dengan kita (Astro). Dia tidak mempunyai syer dengan Maestro dan dia dikira sebagai pekerja Astro. Maestro merupakan 100 peratus syarikat di bawah Astro.”

Maestro Talent & Management Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 24 Julai 2003, dan beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan artis yang dilahirkan meneruisi pelbagai program terbitan Astro.

Antaranya adalah bintang AF seeprti Mawi, Stacy, Dafi, Farah dan Mila.

Maestro mempunyai 13 staf dan mengendalikan lebih 30 artis beroperasi di Plaza Damansara , Bukit Damansara.

Juara Raja Lawak musim ketiga, kumpulan Sepah adalah artis terbaru di bawah pengurusan syarikat Maestro.

  • Share/Bookmark
Comments are off for this post

NADIA 19TH BIRTHDAY BASH CONCERT

March 24th, 2009 | Category: EVENT

Hello uolz,

Jom ramai-ramai kite celebrate birthday Nadia?

Kali nih special sikit, kite celebrate sambil menyaksikan persembahan Live Nadia & Band. Temanya ialah ROCK!

Lokasi event ini bertempat di K Klub (dulu dikenali sebagai Century Paradise Club) yang terletak di-

Jalan Melawati 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Sesiapa yang berminat, sila bank-in bayaran anda ke akaun yang tertera di poster & kemudian SMS
ke no. 017 – 7007 226 (rockin) untuk mengesahkan bayaran anda.

Info lain, sila rujuk poster diatas.

Sila ke FORUM untuk tempahan.
Sekian, Terima Kasih.
  • Share/Bookmark
Comments are off for this post

MY CHIP RUN AWAY!!

March 17th, 2009 | Category: JOURNAL BLOGS

Well bila tgk jer pix nie mcm x cayer jer yg chip aku dah run away from home…x pernah terjadi yg my pets lari rumah…wahahahaha…selama aku membela pets xder pun yg lari rumah…hehehe…yg penting sepasang plak tue laki bini lari dgn betinanyer tgh mengandung ….adoiii…dah puas aku cari satu appartment aku nie…siap ty guard atau org sebelah mana tau my pets drop by there….mana la plak diorg nie pegi…yg masalahnyer…aku pun x tau cam ner cage tue terbukak..atau ader org nak sabotaj nie…hmmmm…

tak kan die boleh bukak sendiri kot..manola poie plak binatang ku nie…balik la umah ko tue bukan tau cari makan pun…pets nie kalau dapat kuar dari cage mesti die g explore kesemua tingkat kot…anyway aku ader tgglkan makanan kat luar mana la tau diorg balik dari merantau…kalau x balik cm ner…adoiii sian plak aku tgk diorg nie…mana tau dunia luar..kalau terserempak ngan cats habisss…harap2 diorg pandai jager diri….take my chip………….

dari kecik aku bela samapi dah nak beranak pinak…dah la limited edition..kalau korg bela chipmunks nie mmg diorg jinak..then kalau uols bela makesure kunci cage…jgn pk diorg x reti bukak tau…bijak bijak….ingat nak cari lain..tgkla cmner…kalau ader jual la..x mahal pun chip nie..lain kali kalau aku bela harus letak dalam bilik…kalau terbukak cage pun x lari kemana…huhuhuhu.

  • Share/Bookmark
Comments are off for this post

MENTOR 3 BUKAN MENCARI KLON

March 17th, 2009 | Category: JOURNAL BLOGS

Selepas dua tahun menyepi, akhirnya kembali juga program realiti nyanyian ‘Mentor’ yang bertanggungjawab melahirkan bakat-bakat baru seperti Pija dan Fiq.

Jadi, siapa para Mentor untuk musim ini? Sebelum ini, tugas tersebut pernah digalas Nora, Hattan, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Ning Baizura, Cat Ruffedge, Noraniza Idris, kumpulan V.E., Amy Search dan Hazami.

Kali ini, Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie telah diberi kepercayaan untuk memberi tunjuk ajar kepada para protégé.

Jelas penerbit ‘Mentor 3’ Muhammad Suffian b Isa, pemilihan Mentor tidak hanya berdasarkan pengalaman.“Kita juga melihat kepada populariti, kebolehannya untuk menyumbang sesuatu kepada industri, jadual mereka dan sebagainya.”

Tentang jaminan yang boleh diberikan kepada pemenang ‘Mentor 3’ apabila dilihat kerjaya nyanyian Pija dan Fiq yang tidak berapa menyerlah, Suffian menjelaskan pihak TV3 cuba sebaiknya untuk menolong memajukan karier mereka namun tidak boleh dijanjikan langit dan bintang.

“Harapan kami, protĂ©gĂ© yang lahir musim ini mampu memberikan kesan yang lebih mendalam. Mereka yang hadir untuk sesi uji bakat harus bersedia untuk memberikan komitmen mereka. Kita juga tidak mengehad kehadiran peserta dari program realiti lain yang ingin mencuba nasib mereka jika mereka benar-benar berkebolehan dan komited. Tapi seboleh-bolehnya kita ingin mencari bakat baru yang tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan realiti.”

Kelainan utama musim terbaru ‘Mentor’ berbanding dua musim sebelum ini adalah penyerahan kuasa sepenuhnya kepada Mentor untuk memilih sendiri protĂ©gĂ© berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan mereka. Sebelum ini, pemilihan protĂ©gĂ© berdasarkan penilaian juri dan pengurusan. Namun didapati ada peserta yang tidak menepati ciri-ciri Mentor.

Walaupun begitu, protégé tidak semestinya mengikut genre Mentor mereka. Yang dicari adalah bakat baru yang original, berkebolehan menyanyi dengan baik dan bukannya seorang klon.

Selain itu, untuk musim ini, komitmen para peserta diuji bermula dari sesi uji bakat lagi apabila mereka perlu ke Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya untuk menghadiri uji bakat. Mereka yang berminat untuk menjadi protégé kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri sesi ujibakat yang diadakan pada tarikh yang tertera dibawah. Uji bakat akan diadakan di Theatrette, Sri Pentas bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

14 Mac: Jaclyn Victor
15 Mac: Mas Idayu
21 Mac: Lah Ahmad
22 Mac: Adibah Nor
28 Mac: Ajai
4 April: Awie

Kriteria yang dicari:
1. Berusia diantara 17 – 25 tahun
2. Memiliki bakat vokal yang mantap dan pakej
3. Berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka
4. Menyanyi secara solo
5. Tidak terikat dengan sebarang kontrak
6. Boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program ‘Mentor’

Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan 4R, dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Hanya seorang protégé sahaja yang akan dipilih untuk setiap Mentor, dan ini termasuk mereka yang menguji bakat secara berkumpulan.

Sistem pemarkahan dikekalkan 50% pada juri profesional. Yang berbezanya, undian SMS hanya merangkumi 30% dari jumlah markah. Selebihnya akan ditetapkan oleh juri awam atau semi-profesional yang terdiri, antaranya, daripada para wartawan dan pelajar muzik.

‘Mentor’ akan ditayangkan bermula pada 19 April, setiap Ahad jam 9 hingga 10.30 malam. ‘Konsert Mingguan Mentor’ akan bermula pada 3 Mei, ‘Jurnal ProtĂ©gé’ setiap Ahad, jam 5.30 hingga 6 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protĂ©gĂ© bersama mentor, dan ‘Jurnal Mentor’ iaitu diari harian protĂ©gĂ© yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam.

  • Share/Bookmark
Comments are off for this post

FUTSAL DA VOM 09

March 16th, 2009 | Category: EVENT

  • Share/Bookmark
Comments are off for this post

DIMAN GRADED SINGLES

March 15th, 2009 | Category: JOURNAL BLOGS

Photobucket

  • Share/Bookmark
Comments are off for this post