Archive for February, 2009
IMEJ BARU AWIE
Rokers popular Awie muncul dalam majlis pelancaran filem Dimensi Cinta dengan imej baru. Lihatlah rambutnya ala-ala anak muda gitu.
Agaknya imej ini yang dibawakan untuk watak dalam filem itu. Kalau berlakon dalam filem yang lain wataknya, kenalah lain juga penampilannya.
Yalah sebagai artis, pastilah kena sentiasa tampil dengan kelainan. Kalau asyik kekal imej yang sama sahaja, nanti orang bosan pulak.
Macam mana gaya terbaru Awie ni? Pada usia yang mencecah 41 tahun Awie masih lagi bergaya.


petikan dari Mangga Online
Comments are off for this post
BERIADAH SAMBIL BERAMAL (DAVOM)

Marilah kita beriadah di samping beramal untuk tabung mangsa Gaza. Semua ahli kelab-kelab peminat, khususnya kelab peminat dari Akademi Fantasia dialu-alukan untuk menyertai aktiviti riadah dan amal ini.
Tempat : Pangsun, Ulu Langat
Tarikh : 8 Febuari 2009
Masa : 10 pagi sampai 4 petang
Kutipan : RM10 seorang untuk bayaran banner, sewa pondok dan bbq.
Selain kita berkelah sambil mandi manda, tabung derma mangsa GAZA akan di edarkan.
Di samping kita bergembira dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kita juga dapat sedikit sebanyak menyumbang dan menghulurkan bantuan semampu kita, insyaAllah.
Untuk keterangan lanjut tentang penyertaan, sila hubungi:
1. Issey – 019 – 494 – 4748
2. Intan Beckham – 012 – 869 – 9003
p/s : selain beriadah dan beramal.. dapat kita semua merapatkan lagi talian silaturrahim antara fanclub.. huhuhuh jom laaa ramai2.. berhibur2 jugak.. beramal jangan lupe.. ahaksss =P
p/s satu lagi : menurut KA.. siang tadi Burn radio ERA ada announce pasal event di kat radio.. waa waa waaa apa lagi? jom laaaa!
lagi satu p/s : Mila akan turut serta dalam event anjuran DaVOM ni.. jomm ramai2.. bawa lah artis2 anda juga kalau diorg takde hal.. ngeeeeeeee
Comments are off for this postQUE HAIDAR
[SEMASA] KUALA LUMPUR: Bakal pengantin, aktor Que Haidar atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 30, bakal menyarungkan sut kolar Nehru berharga RM2,500 yang menyamai paten atau bentuk sut yang dipakai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, menurut pereka terkenal Robert Loh daripada Lord’s Tailor, sut Que berbeza dari segi stailnya berbanding sut yang dipakai oleh Tun Mahathir.
Sut yang bakal digayakan kepada Que itu merupakan hadiah daripada Loh kepadanya.
“Ini kerana sut untuk Que yang sesuai dipakai olehnya ketika bersanding. Que juga merupakan selebriti pertama yang mengenakan sut seperti ini.
Linda menemani Que ketika sesi ‘fitting’ sut pengantin. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF“Yang pasti, kami akan cuba membuat sut ini kelihatan ringkas dan elegan. Kami perlu membuatkan potongan sut tersebut tidak terlalu mengikut bentuk badan Que agar dia tidak nampak terlalu kurus.
“Saya rasa mudah sahaja kerana dia mempunyai ‘square shoulder’. Selepas melihat bentuk badannya, kami mampu membetulkan ukurannya dan menghasilkan sut mengikut permintaannya,” ulas Robert mengenai sut yang menggunakan fabrik ‘Italian Wool’ berwarna krim pilihan Que itu.
Ditanya sebab beliau memilih Lord’s Tailor, Que berkata beliau gemarkan pilihan sut yang cantik yang terdapat di butik tersebut.
Sut tersebut akan dipakai oleh Que ketika majlis persandingannya dengan koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, di Bora Ombak, Ampang.
Linda turut menyumbangkan idea dalam rekaan sut yang bakal digayakan oleh Que.Sementara Linda pula akan mengenakan pakaian pengantin rekaan Saiful Baharin.
Untuk majlis nikah, Linda berkata mereka berdua akan menyarungkan kostum rekaan Datin Sharifah Kirana.
Sementara untuk majlis memotong kek, bakal kedua mempelai ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan Calvin Thoo.
Bertanya mengenai persiapan perkahwinan yang lain, Que berkata, semuanya hampir siap melainkan hanya tinggal perkara-perkara kecil seperti sistem audio, dekorasi, inai, bunga telur yang sedang diuruskan.
Loh bertindak selaku pereka yang bertanggungjawab dalam menyiapkan sut ‘istimewa’ untuk Que sambil diperhatikan oleh Linda.Dalam pada itu, mereka berkata kad jemputan sudah mula diedarkan sedikit demi sedikit kepada 400 tetamu.
Jelas Que, beliau pada mulanya hanya mahukan majlis kahwin yang ringkas dan tidak menyangka ia boleh menjadi seperti yang telah dirancang sekarang.
“Saya ingatkan nak buat majlis makan-makan di restoran selepas selesai akad nikah sebab waktu itu saya nak adik-beradik dan keluarga terdekat sahaja yang meraikannya.
“Tetapi, apabila difikirkan semula, saya dan Linda mempunyai keluarga dan mereka ingin melihat kami bersanding.
“Jadi, sebab itu kami fikir untuk membuat majlis nikah dan resepsi secara sederhana,” ulas Que yang tidak sabar dan teruja dengan perkahwinannya yang bakal menjelang kira-kira seminggu lagi.
Pasangan ini akan mengadakan majlis pernikahan dalam taman berkonsepkan Bali. Dalam majlis pernikahan tersebut, Linda akan menerima hantaran berupa sejumlah mas kahwin, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran tanpa wang hantaran manakala Linda akan membalas dengan sebentuk cincin kepada Que.
Selepas itu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac tahun depan di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kulai.
Que berkata beliau akan menjemput 2,500 tetamu.
Pereka Datin Sharifah Kirana sekali lagi ditugaskan membuat pakaian pengantin mereka untuk resepsi kedua itu.
Comments are off for this post






