Archive for January, 2009
3D PIN BALL
hari nie aku sangatla boringnyer kat opis dah x tau nak buat aper…surfing pun dah x der benda nak tgk..so aku rajin rajinkan diriku download games2 dari this website..aku nie mmg suka main pinball sejak dari sekolah lagi..so dah banyak pinbal punya version aku download tapi aku suka yg nie gak…mmg 3d habis..pastu die banyak tempat boleh explore…download xla lama ikut server anda yg canggih..
lepas korang download bolehla main sampai lebam..so hari boring aku ari nie ceria dgn main benda nie jer..huhuhu..kalau nak best lagi pasang sound die kuat2..korang rase dah mcm dekat funfare..

.so saper yg dah try tue..kita dgr apa kata mereka..wahahahahaha enjoy ur boring day…see ya…
Comments are off for this postMEMEY & NORMAN (MSTAR)
Memey: “Kemesraan kami ‘bertempat’”
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Memey mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalawat bersama Norman Hakim. Foto The Star Oleh: TEH ENG HOCK.
GARA-GARA dilihat mesra ketika sesi sidang media selepas kedua-dua pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjalani prosiding kes khalwat mereka di Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam, Memey menganggap kemesraan yang terbit bukanlah disengajakan tetapi ‘bertempat’.
“Saya dan Norman tidak terlalu rapat. Mungkin tadi disebabkan kami ditemuramah berdua.
“Bukan bermakna saya rapat kerana sentiasa bersama dengan dia tetapi disebabkan ada urusan-urusan yang inginkan kami berbincang antara satu sama lain. Disebabkan kami saling mengenali takkan saya nak berdiam diri,” ujar Memey.
Ketika menjalani prosiding kes tersebut di dalam mahkamah, Norman mahupun Memey tidak mengaku bersalah atas tuduhan khalwat tersebut.
Disebabkan itu, perbicaraan lanjut akan dilakukan pada 3 Mac depan, pukul 9 pagi.
Bagaimanapun, kedua-duanya dikehendaki membayar ‘denda’ mahkamah sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin yang bekerja sebagai kakitangan awam bagi mengelakkan mereka melarikan diri daripada perbicaraan kelak.
Apabila bertanya siapakah yang membayar ‘denda’ untuk dirinya, Memey dalam acuh tak acuh mengaku dia sendiri yang membayarnya.
Memey juga mengatakan yang dia dan Norman akan melantik seorang peguam bela kerana mereka mengaku tidak bersalah dalam kes khalwat pada 30 Oktober lalu di pejabat Norman, Ukay Perdana, Kuala Lumpur.
Memey masih rapat dengan Norman Hakim.
“Setakat ini, kami belum tahu siapa lagi peguam itu dan masih mencari peguam yang boleh membela kami. Apa yang berlaku hari ini pun kami tak tahu apa-apa tentang prosedurnya.
“Saya ingatkan apabila kami mengatakan tidak mengaku, kami akan terus dilepaskan tetapi sebaliknya kami perlu membayar bon jaminan,” ujar Memey.
Menceritakan tentang perasaannya ketika berhadapan dengan kes perbicaraan semalam, Memey berkata debarannya kian memuncak memandangkan hari yang dinantikan telah tiba.
“Saya berasa berdebar kerana inilah hari yang saya nantikan. Kalau boleh saya tak nak berdepan dengan keadaan ini tetapi selagi saya tak lalui nak merasainya, selagi itu takkan ada satu perasaan yang tak lepas yang membuatkan saya akan rasa berdebar-debar.
“Apabila melaluinya hari ini (semalam), pelbagai perasaan takut dan risau timbul serta-merta kerana tidak tahu pengalaman dan situasi itu. Tetapi, Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar,” luah Memey.
Gadis berusia 22 tahun ini mengharapkan kes tersebut menemui jalan penghujungnya namun sebaliknya yang berlaku tidak menimbulkan sekelumit perasaan kecewa malah dia lebih tabah dalam mengharungi setiap perkara yang mendatang.
“Saya pun mengharapkan perkara ini segera selesai pada hari ini tetapi nampak gaya kes ini diperpanjangkan lagi. Jadi, kami perlu bersedia sahajalah.
“Kita perlu berdepan lagi dengan kes ini di mana saya perlu berhadapan dengan saat yang mendebarkan tetapi dalam masa yang saya saya mengharapkan yang terbaik dalam perbicaraan akan datang,” beritahu Memey yang turut mendapatkan nasihat daripada ibunya, Norlaila Abdul Rahman yang tidak dapat bersama-samanya semalam.
Kata Memey, pagi-pagi semalam ibunya telah menghubunginya dan menasihatkan supaya banyak bersabar dan bertenang untuk berhadapan dengan perbicaraan kes khalwat itu.
Walaupun ibunya tidak dapat hadir, Memey masih mampu mengumpul kekuatannya apabila ditemani oleh ibu saudara tersayang, Norlela Abdullah.
“Saya bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan sudah tentu saya mengharapkan suatu yang baik agar ia dapat diselesaikan,” kata Memey mengakhiri perbualan.
Dia juga memaklumkan sejak bersemuka dengan wartawan, ada juga pihak produksi yang menghubunginya untuk menawarkan lakonan dan bertanyakan khabar kepadanya.
Tambah Memey, dalam masa terdekat ini dia akan menjalani pengambaran drama Roda-Roda Kuala Lumpur dengan pengarah Datuk Yusof Haslam serta sebuah filem yang akan diberitahu nanti.
Comments are off for this post
KONSERT RIHANNA (MSTAR)
Konsert Rihanna tetap diteruskan, setuju ikut etika pakaian
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Bintang Pop Amerika Syarikat, Rihanna bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 13 Februari ini.
BANTAHAN yang diterima dari parti politik PAS sedikitpun tidak akan melemahkan semangat penganjur untuk meneruskan hasrat mengadakan konsert sulung Rihana di Malaysia pada 13 Februari ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert yang bakal diadakan oleh penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu ‘Umbrella’ ini merupakan sebahagian daripada himpunan konsert jelajah dunia Rihanna “Good Girl Gone Bad” yang kedua pada tahun ini.
Menurut Pengerusi Eksekutif Celcom, Datuk Shazali Ramli, pihaknya sebagai penaja hanya bertindak sebagai penaja dan mereka sudah mendapat persetujuan daripada Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) sejak awal lagi.
“Tidak timbul soal bantahan di sini, kebenaran telah diperoleh sejak awal lagi dan dia (Rihanna) setuju ikut etika berpakaian dalam konsert di negara ini,” kata Shazali dalam sidang media di Menara Celcom semalam.
Siapa tak kenal dengan kelunakan suara penyanyi berkulit hitam ini. Alunan suara merdunya mampu memukau siapa sahaja hingga album dan singlenya terjual 10 juta unit di seluruh dunia.
Lagu-lagu hitsnya dalam album singlenya yang ketiga, Good Girl Gone Bad’ termasuk lagu Umbrella, Don’t Stop The Music, Disturbia dan Take A Bow bakal didendangkan pada konsert berkenaan.
Pengerusi Eksekutif Celcom, Datuk Shazali Ramli bergambar bersama poster Rihanna.Foto The Star Oleh: LOW LAY PHON
Lebih membanggakan kedatangannya ke Malaysia dibawakan khas oleh syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini iaitu, Celcom.
Celcom juga turut bekerjasama dengan Syarikat Pineapple Concert Sdn Bhd dalam menjayakan konsert berkenaan menjadikannya satu realiti.
Menurut Shazali lagi, konsert berkenaan sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga pengguna prabayar Xpax kepada Celcom.
“Xpax sememangnya dikhaskan untuk pengguna remaja, jadi konsert ini satu platform kami mendekati golongan muda yang sentiasa mencari kelainan dalam berhibur.
“Rihanna diiktiraf sebagai penyanyi pop wanita yang paling sensasi diperingkat antarabangsa ketika ini.
“Oleh kerana itu, kami mengambil peluang ini untuk membawakannya untuk menjayakan konsert sulungnya di Malaysia dan hanya pelanggan Xpax berpeluang untuk bertemu dengannya secara ‘live’,” kata Shazali.
Tambah Shazali, pemilihan Rihanna sebagai ikon untuk konsert kali ini adalah kerana imej yang telah dipaparkannya sebagai seorang artis yang berdisiplin dan mempunyai imej yang bersih.
“Ciri-ciri seperti berdisiplin dan imej yang bersih, Rihanna menjadi ikon kepada golongan remaja yang amat meminatinya, jadi kerana itu pihak kami membawanya ke sini,” katanya.
Lebih istimewa, pelanggan Xpax juga berpeluang menyertai peraduan hebat, ‘RIHANNA MANIA’ bermula daripada 20 Januari hingga 8 Februari ini.
Barisan penaja konsert Rihanna “Good Girl Gone Bad”.
Untuk menyertai konsert ini pelanggan hanya perlu menghantar rakaman video dan gambar dengan mengajuk gaya Rihanna dan menghantarkannya menggunakan MMS.
Pelanggan perlu menaip kata kunci “Rihanna” dalam pesanan ringkas tersebut dan hantar kepada 263888 dan untuk melihat kembali rakaman video dan gambar yang telah dihantar pelanggan boleh melayari laman web http://wap.channelx.com.my/metv dan pilih kategori tersebut.
Pemenang paling kreatif bakal menerima hadiah utama dan berpeluang berjumpa secara bersemuka dengan penyanyi pop berkenaan semasa konsertnya di Malaysia nanti.
Istimewa untuk pengguna talian prabayar Celcom, Xpax bakal memperoleh diskaun sebanyak 30 peratus dengan menambah had nilai kredit sebanyak RM10 dan mendaftar dengan menaip REGRIH dan hantar kepada 28881.
Selepas menghantar SMS berkenaan pelanggan Xpax perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM10 untuk memperoleh voucher telefon.
Voucher itu perlu ditebus dan pelanggan akan memperoleh dua tiket dengan potongan harga 30 peratus di mana-mana kaunter Axcess Ticket selagi stok masih ada.
Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Pineapple Sdn Bhd, Razman Razali hampir suku daripada tiket tersebut telah terjual dan hasil daripada jualan tiket tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan.
“Dijangka ramai lagi akan membeli tiket konsert Rihanna disaat akhir dan kami menjangkakan 15,000 orang akan membanjiri stadium Bukit Jalil untuk menghadiri konsert berkenaan.
“Daripada jumlah kutipan jualan tiket itu nanti kami akan salurkan kepada The Force of Nature Aid Foundation, berapa jumlah saya tak boleh dedahkan ketika ini,” katanya.
Ditanya mengenai persediaan Rihanna untuk membuat konsert di negara ini seperti yang diketahui umum banyak perkara yang perlu diambil kira, Razman berkata:
“Pihak pengurusan Pineapple telah memberitahu beliau (Rihanna) apa yang boleh dia lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukannya dan difaham serta akan mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan itu.
“Dia akan pakai pakaian yang sesuai dengan adat dan budaya negara ini seperti yang ditetapkan.
“Disamping itu juga, pihak kami sudah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan sejak awal lagi mengenai konsert ini.
Jelasnya, apa yang diharapkan adalah semuanya akan berjalan lancar dengan harapan Tuhan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika konsert tersebut berlangsung.
“Di pihak artis kami tiada masalah. Tahun lalu semasa dia mengadakan konsert di Singapura dia tidak sempat untuk datang ke Malaysia, jadi kami mengambil peluang untuk mengadakannya pada tahun ini,” ujarnya.
Artis tempatan juga bakal membuat persembahan pada konsert berkenaan difahamkan artis tersebut merupakan seorang artis wanita popular di negara ini.
“Kami tidak boleh dedahkannya sekarang. Apa pun kita kena tunggu dahulu kita akan umumkannya nanti. Nanti tidak ada kejutan pula,” kata Razman.
Untuk maklumat lanjut berkenaan konsert Rihanna Live in KL 2009 sila layari laman web www.axcess.com.my atau menelefon talian hotline +60377115000.
Tiket turut dijual di semua kaunter Axcess Ticket. Setiap tiket dijual daripada RM138, RM158, RM288 dab RM328.
Comments are off for this post
HAPPY BIRTHDAY DOGAN 15 JAN

happy birthday to Mohd Zakaranie Mohd Zazizi (Dogan),..aka abg riz af6..semoga panjang umur murah rezeki,..walaupun dah wish semalam..jgn lupa dtg kl nanti caling2 ek..cheers!!………..
No comments
DARI LENSA ADDOTCOM
gambar terjah dari lensa addotcom,x der kene mengena pun cuma suker2 nak terjah gelagat adik beradik nie…walaupon..
No commentsMY NEW GADJET
LOUIS VUITION HANDFON
bila tgk kotak nie semua org tau kan apalagi LV la..semua tahu LV adalah jenama yg popular dan mahal giler harganya..bagi yg x mampu nak beli mahal2 beli jer yg cetak rompak jer..janji murah ,cantik dan bergaya..tak perlu nak bazirkan wang anda yg x berkemampuan tue kan..kalau yg dah mampu tue xperla..kannnnnnn…okay berbalik cerita pasal kotak nie..sebernarnya dalam kotak nie ader fon..wahahahahahha……………
taraaaaa…tue dia handfonnyer….aku mmg minat giler LV nie..kalau x dapat original pun ciplak pun okay la..buat aper nak malu..dari pada habis duit beli beriban riban kan…lain la yg mampu..hua hua hua…kadang aku ader gak beli yg original..kalau dh minat la..x perlu la nak beli mahal2 bukan org perasan pun janji pandai jaga dah habis cerita..so fon nie aku beli kat salah satu tmpat yg agak best jugakla kalau berjalan..kedai fon pun belum jual lagi fon jenis nie..Cuma kat korea,china,hong kong n jepun jer yg dah guna..my frenzy g belikan masa dia g hongkong..huhuhhu..x kisahlah harga dia berapa tapi function meletops…semua ader Cuma x boleh 3g ker..aku jadikan ni second fon aku..coz nampak cantik sgt…elegan beb..aku x kisah walaupun bukan original yg beribu riban tapi bagi aku ttp cantik…function semua okay..mcm nokia fon jugak la..
aku jenis x memilah kalau aku suka aku belila..walaupun murahkan….that I buka ruang nie..murah,cantik tapi bergaya…klasssss…
ooo lupa plak x lama lagi GUCCI,PARADA pun akan kuar mcm nie…so aper lagi..jom shopping…wahahahahahaha….
HP MINI LAPTOP
HP MINI
So aku nak cerita pasal gadjet ni plak hp mini laptop..klasss kan keluaran terbaru hp agaknya coz baru jer nampak mempromosi..tapi aku dah dapat…wahahahahaha….agak cute x lah berat sgt,mudah dibawa kesana kemari masuk dalam handbag pun bole bagi gadis2 la..kalau guy mesti ader bag..so boleh online kat maner2..so aku dah mempraktikan kemudahan yg ader…lengkap semuanya..tapi Cuma x der cdrom jer la..sekarang ni pun ramai dah guna external cdrom kan…
bergaya dan elegan utk semua yg suka berchatting,taklah boring bila kuarkan sentiasa jer dalam beg …x lah besar sgt..menarik tertarik da booommmmm…..tapi kalau ikut harga pasaran dalam RM1699.00..so kalau yg ader minat tue g la serang,..bukan hp jer ader yg lain gak lain2 jenama lain…
okay akhir sekalai nak dijadikan cerita aku sebernanya menang cabutan bertuah masa annual dinner tempat aku,tak sangka plak no aku naik..bertuah betul aku…alhamdulillah..
rezeki rezeki…ahamdullilah syukur..
2 comments
HAPPY NEW YEAR 2009
hallo….lama giler dah x update blog nie,,huhuhu..bz sket ada la hal yg harus diselesaikan..so anyway juz drop nie nak wish happy new year ek 2009..pada semua yg melawati blog lan nie..semoga ditahun baru nie menjanjikan segala-galanya..huhuhu..okay bye..
No comments







































































































































































































































