Archive for May, 2008

APA KATA HATI

May 31st, 2008 | Category: MOVIE

Yang lebih, yang kurang dalam ‘Apa Kata Hati’
30-05-2008 03:34:51 PM
oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
APABILA mendapat tahu penyanyi rock terkenal negara, Awie akan melakonkan watak lelaki lembut dalam ‘Apa Kata Hati’, penulis sudah begitu teruja untuk menonton filem ini di panggung. Masakan tidak, memang begitu sukar untuk penulis bayangkan, penyanyi yang terkenal dengan imej ‘lelaki tulen’ itu memakai pakaian wanita, dengan kasut tinggi dan bergincu. Naik seram pula.

Kesempatan yang ditunggu muncul juga apabila penulis mendapat undangan menonton preview filem komedi romantik pertama arahan Saw Teong Hin itu. Apakah Awie mampu membawa watak itu? Bolehkah Saw Teong Hin yang sebelum ini mengarah filem epik cinta, Puteri Gunung Ledang (PGL) mengarah filem komedi? Semua persoalan itu bermain di fikiran penulis.

Selepas menonton filem itu hampir satu setengah jam, semuanya terungkai. Sudah adat..Apa Kata Hati..ada yang lebih, ada yang kurang.

Filem terbitan Tayangan Unggul yang menelan kos RM1.4 juta ini menceritakan kisah seorang pereka fesyen muda bernama Elly (Raja Farah) yang begitu menyintai kekasihnya, Aidil (Farid Kamil). Elly sentiasa berfikiran positif tentang Aidil dan begitu yakin Aidil adalah jodohnya.

Bagaimanapun, kawan baik Elly, Linda (Dynaz) tidak menyukai Aidil dan sering menghasut Elly supaya jangan terlalu mempercayai Aidil kerana padanya, Aidil hanya bersandarkan wajah yang kacak dan tidaklah sebaik yang disangka. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan Elly, majikannya Riezman (Awal Ashari) turut menyimpan hati kepada Elly.


Linda (Dynaz) sering menghasut Elly (Raja Farah)
supaya jangan terlalu mempercayai Aidil (Farid Kamil)

Dek kerana tidak mahu Elly tertipu, Linda telah membawa Elly berjumpa seorang bomoh supaya Elly mendapat ‘petanda’ dan tidak lagi terlalu mempercayai Aidil. Selepas itu, segala-galanya berubah apabila Elly mula mempunyai kebolehan mendengar suara hati lelaki. Di situlah, dia mula menilai siapa yang sebenarnya jujur mencintainya.

Ternyata, kebolehan Elly yang boleh mendengar suara hati lelaki adalah tunjang kekuatan jalan cerita Apa Kata Hati. Rasanya belum pernah lagi ada filem di Malaysia yang memaparkan kisah seperti itu. Justeru, usaha Teong Hin untuk memberi kelainan untuk filemnya ini memang patut dipuji.

Bagaimanapun, pada pendapat penulis, babak-babak Elly boleh mendengar suara hati itu tidak dikembangkan sepenuhnya. Hanya ada beberapa babak di mana Elly boleh mendengar suara Aidil, Riezman, bapanya, model-model lelaki di pejabatnya dan satu adegan di dalam LRT. Yang lain, Elly banyak menutup telinga dan mendengar MP3 kerana tidak mahu suara-suara itu mengganggunya.

Seharusnya, pada penulis, babak mendengar suara hati itu patut diperbanyakkan. Biarkan sahaja Elly mendengar suara-suara itu. Apabila melihat babak Elly dikelilingi lelaki, pasti penonton teringin sangat mengetahui apakah yang difikirkan lelaki-lelaki di sekelilingnya. Tidak kiralah, pendapat mereka tentang Elly atau pun perkara lain.

Itu agak mengecewakan kerana tajuk filem ini pun ‘Apa Kata Hati’. Justeru, babak mendengar suara hati itu tidak boleh dibataskan dengan cara Ally menutup telinga atau mendengar MP3. Biarkan sahaja dia mendengar kerana dia mendengar untuk penonton. Pasti banyak dialog lucu yang muncul kalau Elly dibiarkan mendengar, bukan?


Watak Soffi yang dibawa Awie
masih ‘belum cukup’

Seperti yang dikatakan penulis awal-awal tadi, melihat ‘perwatakan baru’ Awie dalam filem ini memang dinantikan. Bolehkah dia? Awie membawa watak seorang pereka fesyen bernama Soffi di butik tempat Elly bekerja. Dengan baju yang transparent, kerongsang bunga besar di dada dan rambut ikal disanggul, tranformasi Awie memang menjadi.Dialog-dialog manja Awie dengan suara garaunya memang melucukan. Begitu sukar penulis untuk menahan gelak. Bagaimanapun, bagai ada sesuatu yang tidak kena. Rasanya seperti tidak cukup.

Mungkinkah Awie belum memberi yang sepenuhnya? Pada pendapat penulis, gaya dan penampilan ‘lembut’ Awie sudah kena tetapi liak lentuknya masih belum cukup. Mungkin kerana ini baru pertama kali dia melakonkan watak seperti itu. Pada penulis, Awie masih perlu banyak berusaha.

Pemilihan Dynaz untuk membawa watak Linda, teman baik Elly yang seksi dan sentiasa mencari cinta memang tepat. Tidak dinafikan, sejak menang anugerah Pelakon Drama Wanita Popular, Anugerah Berita Harian 2007, Dynaz memang tidak menoleh ke belakang lagi.

Jika sebelum ini, dia begitu sinonim dengan watak yang lebih serius seperti dalam drama Susuk dan Janji Diana, kini penulis dapat melihat Dynaz juga mampu membawa karektor yang lebih santai dan fun. Ternyata cubaannya untuk membawa watak ‘gedik’ dalam Apa Kata Hati tidak mengecewakan.

Malah tidak salah kalau dikatakan, Dynaz lebih menonjol daripada heroin filem ini, Raja Farah sehinggakan penulis sering menunggu dia muncul dengan mulutnya yang sentiasa becok. Tahniah Dynaz.

Satu lagi watak yang begitu meninggalkan kesan adalah watak bomoh yang dibawakan AC Mizal. Sungguh lucu. Setiap kali babaknya muncul, penulis juga pasti ketawa.


Watak Tok Bomoh yang dibawa AC Mizal amat mencuit hati

AC memang seorang pelakon yang versatile. Berikan apa sahaja watak, AC pasti dapat melaksanakannya. Mungkin setelah membawakan banyak karektor lucu seperti dalam filem Baik Punya Cilok dan Cuci, ditambah pula dengan personalitinya yang suka berjenaka, watak Tok Bomoh itu bukan masalah besar buat AC.

Jika di awal pembabitannya dalam dunia lakonan, AC begitu sinonim dengan watak inspektor polis yang dibawanya dalam drama siri Gerak Khas, kini penulis ‘berani cakap’, dia sudah keluar sepenuhnya daripada imej itu.

Apa Kata Hati turut menyaksikan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) membuat comeback setelah 14 tahun tidak muncul di layak perak. Dengan membawakan watak Rosmah, ibu kepada Elly, seperti telahan penulis daripada awal lagi, Ogy memang natural.

Bagi Ogy sendiri, walaupun watak yang diberikan kepadanya bukanlah teraju utama seperti yang diperoleh dalam filem-filemnya sebelum ini, dia tetap komited.

Seperti yang diterangkannya ketika sidang media preview Apa Kata Hati, dia tidak kisah membawa watak sampingan kerana apa yang lpenting, dia mahu melihat sama ada lakonannya akan meninggalkan impak di hati penonton atau tidak setelah lama tidak berlakon filem.

Bagi penulis sendiri, jiwa Ogy adalah jiwa anak seni. Tidak perlulah terlalu memilih tentang watak kerana yang penting lakonan kita perlu meninggalkan bekas di hati penonton. Tahniah juga kepada Ogy.

Lakonan Raja Farah, Farid Kamil dan Awal Ashaari pada penulis biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana sudah acapkali nampak mereka muncul sebelum ini, justeru bagi penulis, tiada apa yang lainnya.

Bagaimanapun, lakonan bintang-bintang muda ini tidak mengecewakan. Jika terus diberikan peluang, mereka boleh terus mengorak langkah untuk mencuba watak yang lebih mencabar. Itulah harapan penulis kepada pelapis-pelapis industri perfileman ini.

Apa Kata Hati turut membawa kelainan apabila menampilkan 17 cameo yang membariskan nama-nama besar, antaranya Rosyam Nor, Sofea Jane, Wanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Umie Aida, Erma Fatima, Dafi dan Mila.


Meskipun hanya satu babak, Adlin tetap memberi impak terhadap filem ini

Seperti kata Teong Hin, dia begitu sukakan lakonan nama-nama besar ini, justeru dia mengambil kesempatan ini untuk turut membawa mereka ke dalam filemnya walaupun ada antara mereka yang langsung tidak mengeluarkan suara. Satu usaha yang patut dipuji untuk Teong Hin.

Selain itu, jika sebelum ini, kita selalu mendengar Taj Mahal atau pun bulan dan bintang menjadi saksi cinta, lain pula ceritanya dengan Apa Kata Hati. Percintaan zaman moden antara Elly dan Aidil turut menjadikan menara pencakar langit, KLCC sebagai perlambangan cinta mereka. Selain itu, Teong Hin turut menyelitkan keindahan Kuala Lumpur dari udara melalui babak Elly dan Aidil menaiki Eye On Malaysia.

Keistimewaan dan keindahan Kuala Lumpur digunakan Teong Hin dalam filemnya ini kerana pada pendapatnya, orang ramai selalu menggambarkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang sinonim dengan mat rempit dan kesesakan lalu lintas. Melalui hasil ilhamnya kali ini, dia mahu memaparkan the other side of Kuala Lumpur.

Pada mulanya, penulis merasakan agak janggal untuk menjadikan KLCC sebagai simbol percintaan romantis. Tetapi apabila tiba babak di mana Elly merenung KLCC yang mengingatkannya kepada bekas buah hatinya, Aidil, penulis rasa idea Teong Hin itu menjadi pula. Lambang cinta baru yang asli dari Kuala Lumpur, KLCC! Memang bernas!


Percintaan Aidil dan Elly bersaksikan KLCC

Apa Kata Hati memang sebuah filem santai yang begitu sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Bagi remaja, ia memang romantik dan bagi yang sudah berusia pula, pasti ia mengimbau kenangan cinta lama.

Memang tidak semuanya sempurna namun Apa Kata Hati ada banyak daya penariknya. Idea-idea dalam filem ini segar namun masih banyak rasanya yang boleh diperbaiki untuk menjadikan filem ini lebih mantap. Rasanya, Teong Hin mampu menghasilkan filem komedi yang lebih baik selepas ini kerana kemampuannya tidak boleh dinafikan.

Untuk semua, jangan lupa menonton Apa Kata Hati bermula 29 Mei 2008.

MSTAR ONLINE

  • Share/Bookmark
3 comments

NASHA AZIZ

May 31st, 2008 | Category: CELEBRITY

Nasha yang penuh rahsia…
30-05-2008 12:34:28 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

SEPANJANG berkecimpung dalam bidang peragaan selama 19 tahun ini, pelakon dan model cantik jelita iaitu Nasha Aziz begitu cintakan kerjayanya dalam bidang tersebut.

Mungkin juga, cintanya pada bidang modeling melebihi cinta hatinya. Dan sebab itu juga, walaupun sudah putus cinta dengan bekas tunangan, sukar melihat kesuraman dan kedukaan di wajah jelitanya.

“Sampai sekarang, kerja inilah cinta saya. Ia ibarat sebahagian daripada hati saya kerana ia telah banyak membantu hidup saya selama ini.

Nasha terus mengunci mulut tentang kisah peribadinya

“Ia juga telah memberikan terapi dengan penuh warna-warni. Bidang ini menjurus kepada sesuatu yang kreatif, seni, bakat dan kemahiran.

“Namun, semua itu memberikan cabaran besar kepada saya. Saya memang pakar tentang cinta dan tahu untuk menghargai kehidupan ini….,” jelas Nasha yang begitu berahsia apabila membicarakan soal hatinya atau apa saja yang berkaitan dengan cerita peribadi.

Nasha adalah antara artis yang tidak suka menjaja kisah peribadi kerana menganggap ia tidak membantu kerjayanya sebagai pelakon mahupun model.

“Saya juga harus tahu menghargai orang lain terutama kedua ibu bapa saya. Sekurang-kurangnya kita cuba mencipta sesuatu dengan diri sendiri,” jelas model tinggi lampai yang sudahpun mencecah usia pertengah 30an.

Walaupun tidak suka berkongsi tentang kisah cinta, Nasha tidak mampu menyembunyikan hasrat hati, impian dan juga masa depan yang didambakan.

“Tuhan memberikan kita segala-galanya termasuk impian dan fizikal. Namun, bagaimana kita perlu konsistenkan kesihatan masing-masing. Saya juga sama seperti orang lain yang inginkan kehidupan yang bahagia dan istimewa,” kata Nasha yang enggan memberi penjelasan tentang rintangan yang dihadapinya ketika menjadi tunang orang.

Yang jelas, Nasha seperti juga orang lain mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan mendoakan kehidupan ke arah itu akan terkabul jua satu hari nanti.

“Saya inginkan anak-anak dan suami dan tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan itu nanti. Saya fikir nak tinggalkan bidang peragaan ini selepas berkahwin nanti,” ujar Nasha dalam majlis Anugerah Inspirasi Triumph 2008 baru-baru ini.

Kisah putus tunang dengan pengarah fotografi, Helmi Mohd.Yusof, pada awal Januari lepas adalah rahsia besar Nasha. Dia cuba mengelak untuk berbicara tentang lelaki lagi walaupun ada desas-desus menagatakan Nasha sedang berintim dengan seseorang dalam industri.

Namun pengakuan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. Mungkin serik atau masih mencari-cari insan yang betul-betul sesuai dijadikan pasangan suami, semuanya termaktub dalam diri Nasha sendiri selain Allah.

“Saya tak nak ulas tentang ‘seseorang’ atau hal peribadi dalam majlis seperti ini. Kalau boleh biarlah kita bercerita tentang hal lain yang lebih menjurus tentang karier saya,” jelas Nasha yang seolah-olah mahu mengelak tentang soal cinta.

Katanya, beliau rasakan tidak sesuai untuk membicarakan hal peribadi dalam majlis tersebut. Tambahnya lagi, beliau akan membuka peluang untuk bertanya apa-apa soalan sahaja jika dia menganjurkan sebuah majlis sendiri nanti.

Terlanjur bercakap tentang dunia peragaan, selalunya setiap model ditugaskan untuk memperagakan apa-apa sahaja pakaian. Bagi Nasha, beliau masih mempunyai guideline untuk memilih pakaian mana yang sesuai dengan dirinya.

“Saya seorang Muslim jadi saya akan selalu memilih pakaian yang harus dipakai sahaja. Ada ‘guide’nya jadi tidak semua pakaian yang mereka minta saya peragakan diterima.

“Saya juga ada berjanji dengan ibu bapa saya tentang hal itu. Saya takkan memperagakan pakaian renang dan pakaian dalam untuk TV komersial dan sebagainya. Walaupun ada batasan, saya masih gembira melakukan projek peragaan ini.

“Saya tahu seseorang model yang ingin berjaya ke peringkat antarabangsa tidak boleh terlalu memilih. Tetapi, ianya bergantung kepada diri kita dan rasakan bakat perlu lebih mengatasi segala-galanya di dalam hati kita. God is great..†jelas Nasha yang sedang menantikan tayangan filem terbarunya iaitu Sepi selepas muncul kali terakhir melalui filem Otai.

  • Share/Bookmark
No comments

RIZ N NUBHAN BUAT HAL?(KOSMO)

May 27th, 2008 | Category: NEWS

BERLABUH sudah tirai Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang berlangsung hujung minggu lalu. Marilyn sempat jugalah menonton secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil meskipun tugasan menimbun di pejabat.

Memang ramalan segala bomoh dan pawang itu tepat belaka, si kecil molek, Stacy yang diumumkan menjadi juara AF6.

Wah, Marilyn tumpang gembira dan ucapkan tahniah atas kejayaan adik Stacy ye! Jangan terlebih lepas ni sudahlah ya Stacy!

Hari ni Marilyn bukan nak cerita pasal Stacy, tapi kisah Naib Juara, Riz dan pemenang tempat ketiga, Nubhan yang khabarnya dah mula menunjukkan cira-ciri akan buat perangai.

Amboi bukan main lagi ni. Baru beberapa hari terlepas daripada kurungan Akademi, sudah pandai pula buat perangai ya. Nak kenalah tu.

Menurut teman Marilyn yang berada di lokasi kejadian, setelah tamat sahaja sidang media secara ‘formal’ untuk AF6, biasalah wartawan semua berpusu-pusu untuk menemuramah artis baru kita ni. Bakal bintang katakan.

Biasalah selepas habis wawancara, wartawan pun mintalah nombor telefon mereka, mana tahu untuk buat temuramah lanjut, mana tahu ada terkurang informasi sana-sini.

Al-kisahnya, Riz langsung tidak mahu memberi nombornya dengan memberi pelbagai alasan termasuklah nombor telefonnya sudah tak digunakan lagi.

Siap bagi jawapan kurang bijak, katanya dia sendiri tak tahu sama ada nombor itu masih wujud ataupun tidak. Walaupun!

Manakala, Nubhan pula dalam keadaan tak keruan. Antara mahu beri atau pun tidak. Ish, selalu je adik ni kelihatan terkeliru! Susah sangat ke nak bagi nombor kat wartawan?

Mereka tu semuanya individu yang jalankan kerja sebagai pengamal media, bukan peminat setia atau fanatik pun. Yang Marilyn pasti, kami tak akan telefon artis malam-malam buta atau ganggu pada waktu yang tak sepatutnya.

Tiada maknanya wartawan ni nak hubungi kamu 24 jam semata-mata nak tanya khabar, dah makan ke belum, bila nak tidur ke?

Wartawan tak ada masa nak tahu aktiviti kalian okey. Tak sesuai tau. Paling lama kalau bercakap untuk sesi temuramah dalam telefon pun tak sampai 10 minit.

Kata teman Marilyn lagi, sebab terlampau bengang dan mula naik hantu, ada wartawan senior yang terpaksa ‘basuh’ mereka dengan menunjukkan nombor telefon beberapa artis terkenal yang berada dalam simpanan telefon bimbit mahalnya tu.

“Aku peliklah, mereka ini tak diberitahu ke bagaimana mahu berdepan dengan media? Mendapatkan nombor telefon artis menjadi amalan kebiasaan di kalangan wartawan hiburan.

“Kita bukan nak jual pun nombor telefon dia, apalah yang ditakutkan sangat.â€

Itu baru sesi ‘mengemis’ nombor telefon, belum lagi yang lain-lain. Mengikut firasat dan naluri wanita Marilyn kan, mereka ni mengalami kejutan budaya gamaknya.

Selepas menerima nasihat ‘ala-ala manja’, akhirnya Nubhan dengan muka terpaksa memberikan saja nombor telefonnya, tapi tidak pula dengan adik gebu, Riz.

Sementara itu, Stacy, Nadia dan Toi dengan senang hati terus bagi nombor telefon mereka, malah kerjasama tiga bekas pelajar AF6 ini dengan wartawan memang cukup kelas!.



Marilyn: Jangan kekwat sangat, kalau popular lepas ni okey la juga. Tetapi bayangkan langsung tak popular. Jangan masa tu ‘terhegeh-hegeh’ cari wartawan nak bagi nombor telefon baru.

  • Share/Bookmark
8 comments

WINGS 21ST ANN 18/25 MAY 08

May 27th, 2008 | Category: EVENT

Wings 21 tahun,

Planet Hollywood sekali lagi membawa kumpulan yg terunggul dan terbilang serta terkenal wings sempena 21 tahun kumpulan ini ditubuhkan,banyak dugaan dan halangan yg diorg hadapi,tetapi ttp kekal sampai sekarang,walaupun dah banyak kali tukar ganti anggota namun wings tetap unggul di masyarakat dunia dlm industri ini,.

Sempena ulang tahun ini juga wings tirut mengundang ito,kids,sham,hattan,mail,mus,jojet..

Mmg gamat suasana pada dua malam yg diorg adakan 18 dan 25 may..peminat paling banyak sekali tercetus apabila awie mengumunkan yg paling banyak peminat datang masa konsert wings..awie dan wings juga turut berterima kasih pada planet Hollywood yg telah besusah payah untuk menjayakan show ini dan membantu artis Malaysia mengadakan show disini..terutama sherina yg telah bertukus lumus.

Wings juga telah menghadiahkan plat wings utk digantung diplanet Hollywood…ala2 jalan2 cari makan punya platlah..wings juga telah menyampaikan beberapa buah lagu yg meletops pada satu masa dulu antaranya,..

Keris tamingsari,midnite blues,rock n roll lu punya suka,biru mata hitam ku,lu bukan brother,jerangkung dalam almari dan banyak lagila..banyak giler beb show yg bermula dari 10.30mlm hingga hampir pukul 2 pagi.

  • Share/Bookmark
1 comment

KAREN FC BOWLING

May 27th, 2008 | Category: BLOGGER'S

gara2 nak tgk aktiviti diorg ni pas tue terjebak plak kena main bowling for diorg ni coz kena ganti one of their team x dapat datang,walaupunnn aku dgn tak bersedianya terus mainkannn..tapi best gak sekali kala join ni,sebernarnya ni anjuran karenfc n Izzi Karisma Event n Management,.aku ingatkan banyak fc yg join tapi semua amatur tah dari maner tah..kitorg punya group jer yg fc..alih2 kitorg tukar jadi Terlebih Sudah…Wahhh!!!…first nama team ktorg Za8fc then kita tukar Rizfc..alih2 Terlebih sudah…giteww..next time buat Mukhrizzfc..bolehhh..

we all hv fun main ni walupun semua team2 lain ala2 serious jer..okay see plak games Zilafc nanti ek..

Karen Tan AF4

  • Share/Bookmark
No comments

FINAL AF6

May 27th, 2008 | Category: AF,VIDEO

Tahniah Stacy,Riz,Nubhan,Toi n Nadia

tak xpect pun toi dapat no 4..well semua dah jadikan,mgkn rezeki ditangan dia,well maser show stacy mmg dah agak dah dia ni punya perfom mmg meletops punn,tak dinafikan lagi yg dia ni akan jadi juara,mungkin fc diorg ni baik punya plan vote maser show atau strategi lain..tahniah stacy n stacyfc,.but i still prefer yg Riz is da best for me coz he have a charisma that he will go further in this arena,.he also among da best,.lepas ni Riz mesti dapat banyak undangan show kat luar atau show2 lain,but need to kerja kerasla..n one more thing jgn besar kepala nanti jadi mcm peserta tuttt…biarlah rahsia..so about Nadia she also in my list da best perfomers..well nadia life my go on..Nadia bila nak blanja popia nih..huhuhu..

tahniah Rizfc dah buat yg terbaik..apa2 pun uols mmg havoc hari tue among fc lain..uols boleh menang kategory fc paling havoc..yg penting nampak kuning jer satu barisan tue..walaupunnn..lepas ni bolehla buat gathering…gether2..ciow…

Riz thks

Booth Rizfc

  • Share/Bookmark
No comments

GEMPAK SELEBRITI ASTRO

May 27th, 2008 | Category: AF,VIDEO

wah ni first time aku tgk gsa dmuzikal ni mcm ni punya best.rugi korg tak g tgk saper yg dah tgk tue taula..aku dok kat situ dari kul 12tgh lagi smgt tue,sebenarnya cuti hari tue sajer jer g jln2 sementara nak tggu malam nak tgk final af6..banyak giler booth fc yg ader kat situ…..

mula dgn team2 raja lawak yg buat persembahan yg mengenakan org ramai kat situ setiap saat dah tak boleh nak gelak dah sakit perut dibuatnya..tau jer la diorg ni punya lawak spontan..antara yg turut hadir Charm my favorite raja lawak,No Entry,Zizan,Nabil dan budak af5 dan af6 yg tersingker jer yg masuk final xder la..

zahid n edlin sempat posse kat kamera aku

Citer ni kisah Amir lakonan Zahid yg jadi penghibur jalanan dgn si edlin,afiq af,diorg ni kononnya cari rezeki yg halal..then satu maser tue ada si hazama,akmar n si farish ni dtg nak amik amir jadi penyanyi tapi dibelakang tabir jer..yg menyanyi kat depan si farish nie..mula2 amir ni tak nak tapi bila si akmar ni mengoda dia terus jadik..hampaeh..tapi lakonan akmar jadi pompuan penggoda mmg menjadi..so amir kalah pada godaan akmar sggup tinggalkan edlin n afiq,..si amir ni plak tak dgr nasihat kawan dia..dia pun terus mengejar apa yg dicipta sehingga farish ni ni dah jadi terkenal dimata dunia,then pada satu hari tu amir nak tak nak jadi penyanyi dbelakang tabir dia nak perfom kat luar plak..tapi permintaan ditolak secara kasar oleh hazama,farish n akma..so dia mula kesal apa yg berlaku,dia cuba hubungi kawannya semula tapi mereka mcm dah tak nak menerima amir kerana amir ni pentingkan duit dari kawan sendiri..satu hari amir mengkau kesilapannya..afiq,edlin sedia menerimanya kembali dan mereka telah merancang utk menhancurkan farish..satu hari mereka telah berjaya memalukan farish dihadapan khayalak ramai dan mereka telah mengaku yg amir lah penyanyi yg sebenarnya..so tue jerla citer dia..malas den nak panjangkan..apa2 pun muzikal ni mmg best..

salah satu babak zahid dipukul oleh edlin

  • Share/Bookmark
1 comment

IBU STANLY MENINGGAL DUNIA

May 22nd, 2008 | Category: AF

KUALA LUMPUR: Selepas terlantar sakit hampir tiga bulan, ibu kepada peserta rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stanley Maringai David Impi, 25, atau Stanly meninggal dunia, petang semalam.

Kathleen James Sudan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Kuching, Sarawak pada jam 3.15 petang akibat kompilasi pelbagai penyakit antaranya kencing manis, tekanan darah rendah dan buah pinggang.

Sewaktu dihubungi Stanly menjelaskan sebaik tersingkir daripada AF6, dia terus diberitahu pihak pengurusan Meastro Talent and Management mengenai keadaan ibunya yang makin nazak.

Mayat mendiang Kathleen akan disembahyangkan di Gereja Anglikan St Thomas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Anglikan, Kuching, Jumaat ini.

sumber:hmetro.com.my

  • Share/Bookmark
No comments

AF6 K9

May 21st, 2008 | Category: AF

Konsert ke9

Akhirnya kita tahu gak saper yg g final…tapi aku tak xpect toi sebenarnya..tah mungkin rezeki dia nak buat cam ner..bagi aku dia tetap kena kuar..well stanly plak yg blah..kadang2 walaupun selaser mulut stanly tue tapi sian gak tgk dia…anyway stanly u also da best from da best..

Stacy-budak ni mmg perfom dia gila2..bila time show jer mesti vasss…walaupun dia x pernah dgr lagu tue tapi ttp boleh bawak that song dgn okay okay jer..she da best..mmg x boleh nak banding la energy dia dgn yg lain..go gurll..

Toi-hmmm time nak last2 ni la dia okay tapi vocal ttp mendatar..mgkn dia ader improve sket2 dah kot,ingat mula dia yg kuar tapi okay plak.okay okay tidak..

Stanly-maser konsert ni mmg nampak teruk gak lagu yg dia bawak nie..tapi tak leh kata aper mmg nampak sgt.mcm nak menyerah diri jer..tapi mmg pun..mungkin dia pun dah tahu yg dia terkuar..wahhh aku suka budak nie…nevermind stanly I sokong u jugak..anyway u ader peluang kat luar tue lagi banyak nak amik u nanti..will see stanly..

Nubhan-budak ni sekor lagi selalu dapat lagu best tapi tak reti nak guna suara yg dianugerahkan,kalau dia tahu guna suara dan lagu yg diberikan tiap2 mmgu mgkn dia ni pun akan top top..nubhan2..gali lagi kay..

Riz,Nadia-tak payah nak komen la diorg nie mmg tahap okay cam stacy,..tgk lah saper jadi juara tahun nie pompuan ker laki..aku maner2 pun tak kisah..biar penonton pilih yg betul2 layak dan berbakat,jgn nak pk mmg jer tapi bakat tah kemana..mggu akhir ni mesti diorg ni pressure..okay la tue..

Lagu2 duet okay best..tambah lagi masa nubhan ngan stacy tue..wahh..mcm real,nasib stacy tak nangis jer..kalau tidak lagi meletopsss…riz ngan nadia-endless love..huhuhu..romantik la jugak tapi riz tue dok senyum memanjang..kasi la feel sket..baru ader umpphhh..

Kay la jumpa final nanti ek..ciowww…

  • Share/Bookmark
No comments

APA KATA HATI

May 17th, 2008 | Category: NEWS

Ogy, Awie puas dengan karektor ‘Apa Kata Hati’
16-05-2008 12:41:27 PM
oleh WAHIDA ASRANI

RAMAI yang merasakan watak lelaki lembut atau Mak Nyah di dalam drama, filem mahupun teater seolah-olah dilihat menjadi trend sejak kebelakangan ini.

Aktor-aktor seperti Ahmad Tarmimi Siregar, Zul Yahya, Rusdi Ramli dan baru-baru ini, Datuk Jalaluddin Hassan adalah antara pelakon lelaki yang sanggup melakonkan karektor lelaki lembut meskipun sedar ianya satu cabaran berat yang perlu dipikul apatah lagi ia jauh berbeza dengan peribadi lelaki ‘sejati’ mereka.

Bagi sesetengah pihak, mereka memang kurang ‘menyenangi’ senario ini, namun bagi pelakon-pelakon ini, mereka lebih mementingkan kepelbagaian watak di dalam lakonan-lakonan mereka.

Buktinya, setelah bertahun-tahun bergelar pelakon, watak lelaki lembut akhirnya telah membawa tuah kepada Rusdi Ramli yang mana dia berjaya merangkul gelaran Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 tahun lalu menerusi lakonan cemerlangnya di dalam filem Waris Jari Hantu.

Awie terima watak Soffi untuk tonjolkan kelainan

Terbaru, Awie pula menyusul untuk watak seperti itu apabila dia sanggup ‘meninggalkan’ seketika imej rock dan lasaknya semata-mata untuk menjiwai watak Soffi di dalam filem arahan Saw Teong Hin, Apa Kata Hati yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.

Bukan mengikut trend, tetapi kata Awie, seperti mana pelakon-pelakon lain, dia juga sanggup memilih jalan yang sama kerana ingin melihat lakonannya tidak tertumpu pada watak-watak biasa yang sering dibawanya sebelum ini.

“Sebagai seorang pelakon, saya layak untuk mencuba apa saja jenis watak. Bagi saya, apabila saya memilih untuk menjadi pelakon, saya tidak mahu hadkan karektor apa yang perlu saya lakonkan.

“Bukan ingin mengikut trend atau sebagainya, tetapi secara peribadi, saya memang teringin untuk bawa watak lelaki lembut ini dan Teong Hin nampaknya membuka peluang ini kepada saya.

“Malah, dia sendiri tidak sangka saya bersetuju untuk bawakan watak Soffi ini,” kata Awie yang ditemui pada prebiu filem tersebut, baru-baru ini.

Filem terbitan Tayangan Unggul itu menyaksikan Awie membawakan watak seorang pereka fesyen yang ‘berjiwa wanita’ bernama Soffi. Turut menjayakan filem Apa Kata Hati ini ialah Raja Farah, Awal Ashaari, Farid Kamil, Dynaz, Ogy Ahmad Daud, AC Mizal, Kartina Aziz dan Harun Salim Bachik.

Selain itu, filem ini juga telah mengundang seramai 17 pelakon-pelakon tersohor tanahair sebagai ‘kemunculan istimewa’ antaranya adalah Rosyam Nor, Sofea Jane, Umie Aida, Erma Fatima, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Shaharuddin Thamby dan Radhi Khalid.

Filem ini mengisahkan Elly (Raja Farah), seorang pereka fesyen muda yang ceria dan sentiasa berfikiran positif. Elly mempunyai kekasih bernama Aidil (Farid Kamil) namun pada masa yang sama Riezman (Awal Ashaari), bos Elly juga menaruh hati padanya.

Sehinggalah pada satu hari, Elly menyedari dia boleh mendengar suara hati lelaki dan hal tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik.

Mengulas lanjut tentang karektor Soffi itu, kata Awie, dia tidak melihat keputusannya untuk membawakan watak lelaki lembut boleh menjejaskan imejnya kelak.

“Saya tidak rasa begitu. Yang penting, saya sudah cuba berikan yang terbaik pada karektor tersebut dengan cara saya tersendiri di samping tunjuk ajar daripada pengarah.

“Saya memang menghadapi kesukaran pada awalnya sebab bukan senang untuk bawa watak seperti itu. Susah untuk bentukkan ‘patah-patah’ tu, sehingga saya perlu berlatih seorang diri di rumah.

“Apa yang ditonjolkan di dalam filem tersebut, hanya itulah kemampuan saya. Terserah kepada penonton untuk menilai sendiri,” kata Awie lagi

‘Comeback’ Ogy di layar perak selepas 14 tahun

Kali terakhir pelakon dan pengacara sensasi ini muncul di layar perak ialah menerusi filem arahan M.Nasir, Simfoni Kasih pada tahun 1994.

Setelah 14 tahun tidak beraksi di dalam sebarang filem, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy ini akhirnya tertarik untuk kembali semula di dalam dunia perfileman dengan memilih filem romantik komedi,

Ogy muncul semula di layar perak setelah 14 tahun tidak berlakon filem

Apa Kata Hati arahan Teong Hin yang sebelum ini pernah mengarah filem yang berjaya melakar sejarah tersendiri, Puteri Gunung Ledang.

“Saya rasa seronok dapat melangkah semula ke lokasi penggambaran filem. Saya tidak boleh tipu diri saya bahawa darah seni masih kuat dalam diri ini dan memang saya amat rindu untuk kembali ke layar perak.

“Saya memang tertarik untuk bekerja dengan Teong Hin dan itu adalah salah satu sebab mengapa saya terima tawaran ini.

“Sebelum ini, tidak pernah pengarah yang berani menegur saya tentang apa saja, tetapi Teong Hin berbeza.

“Dia akan tegur mana yang dirasakan perlu dan itu membuatkan saya hormat dengan dia.

“Saya bukan diva, bagi saya tidak kiralah dia pelakon veteran atau baru, pengarah berhak untuk menegur apa saja,” kata Ogy.

Meskipun hanya memegang watak sampingan, kata Ogy lagi, itu bukan satu masalah besar buat dirinya.

“Saya tidak fikir langsung tentang hal itu. Apa yang lebih bermain di fikiran saya ialah sama ada lakonan saya itu akan meninggalkan impak di hati hati penonton atau tidak setelah 14 tahun tidak muncul di dalam filem.

“Saya seronok dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon muda yang akan menjadi pelapis di dalam industri ini satu hari nanti,” jelas Ogy yang membawakan watak Rosmah, ibu kepada Elly.

  • Share/Bookmark
No comments

Next Page »