Archive for April, 2008

RIZ FC TSHIRT

April 29th, 2008 | Category: AF

RIZ FC FORUM

RM25 sehelai tidak termasuk kos penghantaran.
Sapa ingin buat tempahan sila email saya di carpediem.me@gmail.com 012-2804620
Sila Bank in ke Maybank – Mohd Sabri Che Kar – 164726006658
emailkan details seperti dibawah:

nama :
alamat :
no phone :
email :
berapa helai baju :
size:

Sekian…jika details ini tidak penuh… tidak akan dilayan harap maaf

  • Share/Bookmark
4 comments

AF 6 K5

April 21st, 2008 | Category: AF

BEST PERFORM OF THE WEEK

Akademi fantasia 6

Konsert kelima

Pembukaan pentas dgn tarian bangra,apa kes tetiba bangra nie ader yg nyanyi lagu bangra ker ari nie..9 pelajar yg akan membuat persembahan konsert nie…satu harapan satu tujuan satu destinasi,mengubah impian menjadi reality..wah semangat nie semua dok menari bangra nie..wah pengritik jemputan hetty koes ending,..yg penting kritik sampai terlebih had..pas tue siap buat perbandingan af malaysia dan indonesia..hahhahaha…wah kak ogy dah sihat ker minggu nie,kira mood dah okay la ..okay la tue kak ogy…

Alif-Hai!..first punya pembukaan mmg best siap step rap dan sebagainya,bila dah masuk habis semua lirik berterabur..suara mcm kawal nak ingat lirik,muka nampak sgt,..kejutan bagi aku x surprise coz mula2 dah dgr suara adam yg kalut tue..dah tahu mesti si adam ni buat kejutan,..coz kat belakang pun dah tahu penari dier,..adam perfom nak cover si alif yg nak terlupa lirik nie..dulu pun adam mcm tue gakkan tapi dah ingat lirikan..so aper2 pun persembahan alif okay tapi vocal out jugak la..try your best nest time..tapi undi alif paling banyak coz mesti undi kesian yg lepas…maser aku g utara makan kat seberang jaya tu dia poster alif punya besar kat saner..semua kedai makan ader poster dia..wah kuat kempen nie..huhuhu..

Adam dah mcm dragon ball..

Stacy-seronok tak stacy jumpa abg..ermmm hilang rindu ek..

Ibu hetty..lama sgt la u ni nak kritik…sket2 dah la…

Stanly-ummi..lagu ni mmg kita tggu nak tgk stanly nyanyi khas utk mummynya yg tersayang,sedih bila tgk clip dari ibu stanly..stanly dah try da best nak bawak lagu tue..tapi mesti ramai yang akan cry kan..termasukla aku..tapi stanly mesti cover nak nangis..tapi kalau diikutkan kalau ko nyanyi sambil nangis lagi best..mesti semua kat auditorium tu mata berkaca…betul kan…aku pun dah lama tak balik kampong nie..ummiiiii…

Apa pun perfom best..

Nadia-kalis rindu..very da chicky nadia ari nie..cute sgt sesuai nak bawak lagu nie..

Nyanyi ala manja dan nari ala gedik jer..xyah nak komen pesembahan mmg best..cantik rambut ari ni guna syampoo sunsilk ker..

Mamarina-syurga dan neraka..wah pakaian mcm sarat sgt,cantik mmg cantik tapi mcm vasss sgt.okay ibu hetty biar rina nyanyi lagu ko..tapi mama rina nanpak mcm xder enegy mcm something sgt..biar pun undi yg terakhir tapi tetap okay..aku mcm feel mula2 mcm mama rina nie nak kuar..dia buat show mcm ala2 okay okay jer…go hot mamas..tapi backup singer very da over ..kah kah ..

Gonjreng jer…

Toi-beautiful girl-pakaian ala rap,..toi cuba bawak lagu ni sebagusnya walaupun terpaksa menghafal lirik coz lagu ni panjang siot..toi mesti rasa tertekan nak nyanyi lagu nie..tapi mcm okay jer..boleh la tue walaupun mcm nak lupa lirik..wat do no jer…sompuit..

Kak ogy..mata ke bawah coz nak ingat lirik..bukan tak nak berinteraksi tapi takut lupa kak ogy..

Wah nasib mu ditangan sms bab kata ibu hetty..apa la si shan kana nie buat aku ingat dia nak nyanyi habisla..penyanyi termasyur di Bombay..

Saida-kata2 ac ari ni mcm tau jer saida nak kuar..dia suruh saida balik jumpa suami dan anak dia,tapi maser kat diary pun dia ader ckp rindu kat anak dia,mcm maestro ni nak dia kuar jerkan..xperla saida rezeki ader dimana2 teruskan perjuangan kat luar tue maner tau nanti boleh duet ngan adik sendiri..bila bunga2 berguguran nyanyian kak ogy dulu..clip cerita kak ogy gitewww…tapi mmg nak diikutkan persembahan saida ni mmg mcm xder energy,tapi dia cuba that better,.mungkin takut kot nyanyi lagu kak ogy..ko redah jer saida nyanyi lagu tue..baju tue mcm tak sesuai gak….mesti bestkan dapat balik jumpa anak2 dan suami..yg bunga2 berguguran ue pun dah tahu saida nak kuar ari nie..mcm dah rancang jer…

Ac ckp mungkin dia akan melakonkan watak tue ngan laki dia kat umah..komfirm mmg nak saida kuar..

Nubhan-kembali senyum..budak ni kalau seimbas tgk mcm allahyarham sudirman,..pakaian hari nie bukan main mcm Justin timbelake…lagu izwan pilus mesti sengsara nak control lagu tue ek,..haruslah lagu diakan jenis lagu gitew2..faham jer la..piching out sket…tempo punnn..izwan komen sket…terseksa nubhan bawak lagu ko beb..

Ac perlu ker nak kenalkan zed zaidi di saat2 masa terhad nie..

Stacy-makhluk tuhan paling seksi…show malam ni meletup..mmg lincah gua suka tgk dia,..mmg sesuai dia bawak lagu nie..seksi gitewww..bertenaga..tak nak komenlah gua suka..u are da superstar stacy..

Nampak RMS mcm serious jer..naper ek..

Riz-persembahan riz yg begitu mantap,showmanship cool,mmg riz pandai menjiwai lagu dan liriknya,..tak sia gua afundi dia..oppss..hehehehe..wah rizfc siap pakai crown nama riz lagi..gigih kalaian…riz pujian dah diorg bagi jgn besar kepala tau..be humble..okay..

So al last all da show mmg mantap walaupunnn ader kurang,..tapi best..enjoyyyy..

  • Share/Bookmark
No comments

PROFILE RIZ

April 19th, 2008 | Category: AF

Nama Penuh : Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi
Bangsa :
Melayu
Status :
Bujang
Umur :
22 tahun
Asal :
Gerik, Perak
Tarikh Lahir:
19 Disember 1986
Tinggi :
177 cm
Berat :
78 kg
Hobi :
Karaoke, Bowling, Main video game

Deskripsi : Jejaka periang, peramah dan penyayang, aktif menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sewaktu berumur 11 tahun mengikut ayah seorang pemain keyboard pasukan tentera

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon. Tetapi tidak pernah mendapat peluang berlakon

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Bermain alat muzik seperti piano, drum, biola dan sexaphone

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Mencari pekerjaan tetap dan dalam masa yang sama ingin meneruskan perjuangan dalam bidang seni sebagai ’freelance singer’

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi penyanyi yang berjaya dan disegani

Apakah album terbaru yang anda miliki?
Anuar Zain

Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Anuar Zain dan Jaclyn Victor

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Vince, Zahid dan Mawi

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Tenangkan fikiran untuk mengawal perasaan gementar

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Bercakap dengan orang sebelah yang disangka kawan tetapi rupa-rupanya orang lain

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Memenangi pertandingan karaoke, berjaya melakukan perkerjaan dengan baik dan berpuas hati dengannya

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas vokal dan motivasi

Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Berhenti kerja dan meneruskan hidup sebagai penyanyi sambilan. Kerana kalau show kurang, duit pun kurang

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Berjaya ke peringkat seterusnya

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
80 %

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Berhentikan peperangan

Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
Mengelilingi dunia

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Mengekalkan keindahan alam sekitar dan hutan sebagai khazanah negara

Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Karang laut kerana cantik dan mempunyai peranan penting sebagai habitat ikan-ikan laut

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Rupa, suara, perangai

Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Jangan sesekali mengaku kalah dalam apa jua yang kita suka dan lakukan walaupun kita kalah

Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Terima kasih di atas sokongan keluarga, rakan-rakan dan pengundi-pengundi. Terima kasih kepada pihak Astro yang menyediakan platform yang berprestij sebagai seorang pelajar dan bakal artis terkenal. Tanpa tunjuk ajar guru-guru mungkin saya sesat menuju ke puncak.

  • Share/Bookmark
No comments

UMI STANLY

April 19th, 2008 | Category: AF

“Kami di sini ingin memberitahu bahawa kami telah mendapat tahu tentang ibu Stanly di dalam keadaan kritikal sekali. Oleh kerana itu kami telah membenarkan Stanly keluar seketika dari Akademi untuk berjumpa dengan ibunya, tetapi di bawah pengawasan lagi.

Harus diingati bahawa paparan yang kami tunjuk ini bukan untuk menagih simpati ataupun undi tetapi ini adalah antara soal hidup dan mati.”

Sarimah, pengacara diari

pic mrmanager

kalau tgk keadaan mummy dia ni pun semua org akan sedih aku tgk sendiri pun kuar jugak air mata aku,ye la maner ader anak yg tak sayang mak dia kan..tambahan mcm mummy stanly ni dah kritikal sgt,sedih beb,tapi stanly dgr ckp mummy teruskan perjuangan,..alamak tue yg aku lagi nangis tue,dah lah nyanyi lagu umi..adoii..lagi sedih,harap stanly will do da best for this song,..ko nyanyi sambil nangis stanly..aper pun aku tetap vote for u jugak coz i like ur voice..jgn lupa afundi riz,stanly,stacy n nadia..

Umi… ku tahu engkau derita
Hidup… dalam duka sengsara
Namun… diiringi doa
Agar kau bahagia

Umi… ku sunting kuntum melati
Harum… sewangi kasih suci
Umi… ku bawa penawar
Hapuskan derita

Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira

Umi… ku petik bintang bintang
Menyinar… cahaya hidup mu
Umi… dekatlah wajahku
Yang selalu rindu

Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh…

Umi… ku ingin kau menyaksikan
Sinar… yang ku cipta untuk mu
Umi… berikan senyuman
Agar kau bahgia

Umi…

  • Share/Bookmark
No comments

RIZ AF6

April 19th, 2008 | Category: CELEBRITY

I know Riz from Gangstarz. He was the leading soloist of the five member group, Equal Star. Now before you think I’m writing this post in defence of Riz, let me make it clear that this season I am taking a neutral stance. I support no one. If anything, I think I was Equal Star’s biggest critic during Gangstarz, Riz included. So this post is not biased in any way. Nevertheless, I feel compelled to share with you a heart-breaking story that few are aware of. Up till now.

Riz, and members of Riz’s family, please forgive me if you feel that this revelation intrudes your privacy. But I write with the sincerest intentions, and I mean no harm.

Last night on Diary, we saw Riz cry. He cried after hearing his father say “I love you very much,” on a recorded message on a phone that was played to him by Cikgu Fati, the Motivation cum English teacher.

Now such a statement from a father to a son would seem a pretty normal thing. So why would such a statement cause Riz to sob uncontrollably? Some might have assumed Riz was playing up to the camera and taking advantage of the situation. Others might even have suggested Riz was a consummate actor faking crocodile tears to garner sympathy votes; a common trick with a long tradition in the Akademi.

But many would not have thought or considered that perhaps Riz’s family might be experiencing a crisis. You see, Gentle Reader, Riz’s parents were separated not too long ago. And Riz’s father has not been home for many months. Riz has not seen nor spoken with nor heard from his father for a very long time. Riz entered the Akademi without even having the chance to say goodbye to his dad.

Please don’t think that I am trying to tug at your heart strings to get you to vote for Riz or to feel sorry for him. No. I am merely telling you how it is and why he cried.

Gentle Reader, try to imagine the shock he must have received when he heard his dad’s voice after so many months of silence. Imagine the pain and hurt he must have been carrying silently with him all this time, missing his dad and not knowing what was going on at home.

Yes, Riz is a very good actor – he convincingly concealed his hurt for weeks. He hid the pain of missing his dad from everyone. He joked and laughed with his mates in the Akademi, he smiled for the camera and for you, and sang his heart out on stage for three weeks without giving the slightest hint of his family problems. Little did the viewing public and the audience know that behind his smile was a lonely little boy yearning for his dad, longing as only a son would for a lost father. We can only imagine what worry he must have felt for his mom too.

So now you understand what Riz was going through, Gentle Reader? The burden he was shouldering all alone in the Akademi?

And then just when Riz thought that his dad had abandoned him and his family, just when he least expected it, he suddenly received a recorded message out of the blue from his father.

With tears streaming down his face, Riz at long last heard his dad’s voice. Tenderly his dad reassured him. “Bapak sayang Riz.”

Riz broke down. After months of silence and not knowing, the sad little boy behind the happy smile finally cried his heart out. “Bapak tak pernah lupa Riz. Bapak sayang Riz.”

Gentle Reader, if you were Riz, wouldn’t you cry too?

source from mrmanager

  • Share/Bookmark
5 comments

CONGKAK

April 19th, 2008 | Category: MOVIE

kalau tgk trailer citer ni mcm best jer,seram sgt2..tapi kalau korang dah tgk korang taula akhir kesudahannya mmg takla berapa best sgt cuma sound effect tue jer buat kita terkejut..pelakon dia pun tak memainkan sgt peranan tue,mcm slow sgt..tapi kalau diikutkan citer jgn pandang belakang lagi best dari citer nie..mgkn pelakon dia atau pun jln citer dier..tue pendapat akula..coz yg tgk wayang ngan aku hari tue semua gelak..aku pun heran diorg nie tgk citer hantu ker citer lawak..2 bintang jerla..

  • Share/Bookmark
No comments

FAIZAL TAHIR

April 19th, 2008 | Category: CELEBRITY

Kebangkitan semula Faizal Tahir
18-04-2008 11:19:53 AM
oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
GELARAN ‘Super Faizal’ yang diberikan kepadanya memang tepat.Di mana sahaja dia berada, peminatnya tidak pernah hampa. Aksinya dia atas pentas sentiasa ditunggu. Itulah dia Faizal Tahir.Umum mengetahui Faizal digantung selama tiga bulan daripada membuat persembahan di kaca TV ekoran tindakannya membuka baju di konsert ulang tahun keempat 8TV. Tarikh 16 April lalu merupakan tarikh keramat kepada penyanyi berusia 30 tahun itu apabila hukuman yang melumpuhkan aktiviti seninya itu berakhir.

“Saya rasa macam bermula dari bawah semula,” kata Faizal selepas membuat persembahan pertamanya sempena Minggu Setiausaha di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur, semalam.

“Sambutan yang diterima pada hari ini memang di luar jangkaan. Memang saya rasa terharu dan tidak terungkap dengan kata-kata.

“Dengan reaksi yang diterima pada hari ini, saya bersyukur yang saya masih diterima peminat. Justeru, saya akan berusaha dengan lebih keras dan memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat saya,” kata bapa kepada dua anak ini.


Tetap diminati…Faizal dikerumuni peminat pada acara Minggu Setiausaha anjuran Hotel Crown Princess semalam (Foto Utusan)

Walaupun mengakui dia agak letih kerana jadual seninya yang mula padat, Faizal berkata dia tetap fokus kerana begitu menghargai peluang yang diberikan kepadanya selepas tempoh penggantungannya itu.

“Jadual saya bagi April dan Mei sangat padat. Selain menyanyi, saya juga mendapat tawaran mengacara dan berlakon.

“Saya tak nafikan tawaran yang diterima untuk mengacara sebuah rancangan TV yang begitu popular itu sangat menarik namun jadual saya memang tidak mengizinkannya.

“Tentang tawaran berlakon pula, rasanya saya masih belum bersedia ke cabang seni itu. Bukan saya kata tak akan berlakon tapi buat masa ini, saya ingin mengecapi nikmat kejayaan dalam bidang muzik.

“Lagipun, memang tujuan utama saya masuk ke dalam industri ini untuk menyumbang sesuatu kepada industri muzik tanah air,” kata Faizal yang begitu meminati watak Superman ini.

Kata Faizal, perhatiannya buat masa ini tertumpu kepada persediaan untuk membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik (APM) dan Anugerah Industri Muzik (AIM) yang akan berlangsung dalam jangka masa terdekat ini.

“Saya akan membuat persembahan di kedua-dua anugerah berprestij itu dan di APM, saya buat pertama kalinya akan berduet dengan seorang artis wanita dari Indonesia.


Faizal bersama dengan salah seorang penonton

“Apa yang lebih menggembirakan, saya juga tercalon bagi empat kategori dalam APM dan enam kategori dalam AIM. Pencalonan itu terutama APM pada saya adalah platform yang sangat baik untuk memperkenal artis Malaysia di Indonesia dan Singapura.

“Pencalonan album saya Aku.Muzik.Kamu contohnya adalah satu-satunya album 100 peratus hasil tempatan yang akan bersaing untuk kategori Album Terbaik,” kata Faizal yang juga akan sibuk mengacara rancangan Gang Starz musim kedua dengan Fara Fauzana bermula hujung bulan ini.

Ditanya jika dia mempunyai perancangan untuk membuat konsert, Faizal berkata itu memang impian yang sudah lama dipendamnya.

“Sejak kelahiran album pertama lagi, saya sudah impikan sebuah konsert untuk peminat-peminat saya. Selepas tamat tempoh penggantungan, semangat untuk mengadakannya semakin meluap-luap.

“Ia memang sedang dalam perancangan namun buat masa ini bukanlah konsert besar-besaran. Ia mungkin sebuah showcase yang turut menggabungkan artis-artis rock lama. Itulah masanya untuk saya give back kepada semua pihak terutamanya peminat yang banyak menyokong saya.

“Bagaimanapun, saya tetap impikan sebuah konsert besar di mana saya akan turut mengundang idola-idola saya dalam industri ini,” kata jejaka berbintang Scorpio ini.

Kata Faizal, dia juga akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena ‘pembebasannya’ itu.

“Memang dalam perancangan. Insya Allah, selepas AIM nanti saya akan umumkan bila kerana buat masa ini, saya memang sangat sibuk.

Persembahan bertenaga daripada Faizal berjaya memukau penonton yang hadir

“Itu tanda kesyukuran dan peringatan kepada saya yang di balik kesusahan itu ada kebaikannya. Melihatkan tawaran yang saya terima selepas pembebasan ini, saya pasti semua ada hikmahnya.

“Memang insiden itu banyak mengajar dan memberi kesan besar dalam hidup saya. Dalam tempoh tiga bulan penggantungan, saya tak nafikan, kehidupan saya agak susah terutama dari segi kewangan.

“Banyak budget terpaksa dipotong kerana saya memang hilang punca kewangan kerana tidak dapat membuat show dan royalti pula disekat.

“Mujur ada keluarga yang memahami terutama isteri yang banyak memberi sokongan.

“Apa yang mengharukan, isteri saya berkata dia bersama saya bukan kerana saya seorang artis atau income saya atau gelaran rock star yang diberikan kepada saya. Walau saya hanya orang biasa, dia akan sentiasa menyokong apa jua yang saya lakukan,” kata suami kepada Siti Raihanim Noran ini.

Kata penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sampai Syurga ini, dia pastinya akan merindukan tempoh tiga bulan yang dihabiskannya bersama keluarga di rumah.

“Sudah tentu saya akan merindukan saat tiga bulan itu kerana saya menjadi sangat rapat dengan keluarga terutamanya anak.

“Jika sebelum itu, saya kurang masa dengan mereka namun dalam tempoh tiga bulan di rumah, memang mereka sangat manja. Dengar loceng pintu sahaja, mereka sudah menjerit-jerit gembira kerana saya pulang,” kata bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dan Siti Raudhah Nur Iman, 1, ini.

Minggu Setiusaha di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur semalam menggabungkan Faizal Tahir dan DJ Hot FM, Sharifah Aleya.

Majlis selama tiga jam untuk meraikan para setiausaha itu turut turut diselitkan dengan pertunjukan fesyen daripda Amanda Brown.

Tetamu yang hadir dilihat cukup terhibur dengan coletah Aleya yang sememangnya terkenal dengan mulut becoknya.

Persembahan Faizal Tahir sememangnya dinantikan para tetamu kerana itulah persembahan umum pertamanya selepas tamat tempoh penggantungan.

Faizal menyanyikan rangkaian lagu popularnya termasuk Kasih Tercipta, Sampai Syurga, Mahakarya Cinta, Gemuruh dan We Will Rock You.

Dia turut menyampaikan lagu-lagu kegemarannya termasuk Sedang Ingin Bercinta, Superman dan Sempurna.

  • Share/Bookmark
No comments

NASHA AZIZ

April 19th, 2008 | Category: CELEBRITY

Nasha sudah ada cinta baru?
18-04-2008 10:47:55 AM
oleh WAHIDA ASRANI

UMUM sudah mengetahui ikatan pertunangan yang terjalin di antara aktres jelita Nasha Aziz dan Pengarah Fotografi Helmi Mohd Yusof akhirnya terlerai di pertengahan jalan awal Januari lepas, setelah bertunang lebih setahun yang lalu.

Mereka yang sepatutnya dijadualkan melangsungkan perkahwinan Julai lalu bagaimanapun lebih gemar mengunci mulut mengenai kisah hubungan mereka yang tidak kesampaian itu.

Namun, khabar terbaru yang didengari mengenai pelakon berusia 37 tahun ini, dia dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan ‘orang seni’ dan jejaka yang dimaksudkan itu kononnya ialah seorang pelakon popular.

Seperti biasa, Nasha enggan mengulas panjang mengenai kesahihan perkara tersebut, namun menegaskan hubungan yang terjalin itu adalah atas dasar kawan sahaja.

“Memang saya ada kenal seseorang dan perkenalan itu bermula sewaktu kami kerja bersama. Tetapi, buat masa ini, hubungan kami setakat kawan biasa saja sebab kita tidak pernah declare apa-apa pun.

Nasha (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)

“Lagipun, kami tidak pernah bercakap mengenai hal peribadi masing-masing.

“Tetapi, saya sedar kini saya sudah lebih kerap berkomunikasi dengan ramai orang, berbanding dulu.

“Dulu, saya tidak dapat banyak peluang untuk berbuat demikian…maklumlah bila kita sudah ada seseorang di dalam jiwa, kita akan jarang beri perhatian pada hal-hal macam ini,” ujar Nasha yang ditemui pada Minggu Setiausaha Rafflesia, baru-baru ini.

Dia juga menafikan khabar angin bahawa ‘teman’ barunya itu sanggup berpisah dengan kekasihnya semata-mata kerana Nasha.

“Jangan masukkan hal orang lain di dalam hidup saya sebab tidak manis sebenarnya untuk bercakap tentang hal orang,” tuturnya ringkas.

Bagi aktres dan model popular ini, buat masa ini dia tidak mahu terburu-buru memikirkan tentang teman hidup dan menyerahkan kepada masa untuk menentukan segalanya.

Just go with the flow. Itu lebih baik. Allah mencipta semua umatnya berpasangan. Cuma sama ada ia lambat atau cepat sahaja,” tutur Nasha, ringkas.

Ditanya mengenai hubungannya kini dengan bekas tunang, kata Nasha, sehingga kini mereka masih berkawan baik, malah pertunangan mereka itu juga diputuskan secara baik atas persetujuan oleh kedua-dua pihak.

“Kami masih berkawan rapat. Apa yang saya perasan, komunikasi kami masih lagi seperti biasa. Cuma kami tidak lagi keluar bersama untuk lepak atau berborak di mana-mana macam dulu,” kata Nasha sambil tersenyum.

Beralih kepada perkembangan karier seninya, kata Nasha, selain menantikan filem terbaru lakonannya, Sepi, arahan Kabir Bhatia ditayangkan tidak lama lagi, dia juga akan sibuk dengan road tour anjuran Avon yang mana Nasha bertindak selaku duta produk kecantikan itu.

Road tour itu akan bermula pada pertengahan Mei ini sehingga akhir Julai. Kita akan jelajah beberapa buah lokasi di Malaysia untuk berjumpa dengan peminat dan pengguna produk ini.

“Dari segi lakonan, selain filem Sepi, ada beberapa buah drama lagi yang akan disiarkan, antaranya Monalisa dan Sofia Adawiyah. Buat masa ini, tawaran untuk filem memang agak ‘slow’ sikit, tetapi saya banyak terlibat dalam fashion show,” kata Nasha.

Menurutnya, sehingga saat ini, dia sebenarnya masih menantikan watak ‘idamannya’, seperti yang dibawanya di dalam filem Sepi.

“Watak yang Julie yang saya pegang di dalam Sepi menggambarkan karektor yang ceria dan happening. Watak seperti itulah yang saya cari sekarang.

“Saya rasa sudah cukuplah saya bawakan watak-watak yang serius seperti yang penonton telah saksikan di dalam beberapa buah filem lakonan saya sebelum ini, antaranya Trauma, Puaka Tebing Biru dan Gerak Khas,” katanya.

  • Share/Bookmark
No comments

AKADEMI FANTASIA

April 14th, 2008 | Category: AF

Akademi fantasia ke 6..

Af6 dah konsert ke4 dah baru aku nak komplen komen2 nie,bukan aper sajer jer nak sok set kat af6 nie..

Konsert 1

okayla ader yg kelaut ader yg ke barat,biasala konsert 1 kan baru nak mula nak komplen pun tak guna gak tapi kalau dah masuk af tue kena la sedia tiada alas an nak tue nak nie…tapi okay gak setengah tue mcm stanly,riz,nadia stacy tue jerla aku minat pun masa tue..baru2 kan..tapi menuju puncak hancur bersepah tah aper2 tah..ayoooo…tapi suka tgk riz bawak lagu ketulusan hati..mcm anuar zain…yana bye bye..

Konsert kedua,..

Sketla peningkatan ader yg dah impeove..konsert kedua nie lagu yg diorg bawak mmg beat tapi pakaian hancur,mcm manila fesyen designer diorg ni hampeh apa cerita pakaian diorg,..mcm riz nampak perut jer goyang…ayooo do something la..naim punya pkaian pun out apa nie..tapi yg penting menuju puncak miming..lagi first time ni miming af6 mcm2 ada..so konsert nie ika bye bye..tue la lain kali bubuh la lagu yg u suka jgn buh lagu umbrella..nak cari mati…pedih2…

Konsert ketiga

Rock day..gitew la rock day konset ketiga nie..semua ala rock kapak..tapi banyak rock tak menjadi..suka maser nadia nyanyi back up singer ngan stanly..suara powerla stanly nie..tapi yg paling beat maser konsert nie mama rina..mmg rock habis..u rock mama..riz pun okay..maser konsert ni aku dah mula vote peserta2..dah lama tak mengvote nie..sekarang aktif balik..okay la tue…gitew saida trade mark..maser konsert ketiga nie aku ader la bet ngan somebody maser kat ipoh,aku kata naim..mmg betul pun naim kuar tapi tak terlintas plak lufya pun out..tapi yarabbi teruknya pkain lufya tue…aduh ader yg cakap macam gunie…kah kah kah…sian dia terpaksa pakai guni tue..fesyen designer mmg out habissss…nak pakai kaca mata dalam dewan ader matahari ker bang…yg riz plak dia buat mcm samurai..tapi aper2 pun persembahan diorg tue okay la..

Yg tak tahan geng abg2 rela masuk dewan gamat siap ader hulk Hogan..siap ko adlin sekali dia lepuk ko ngan chota tue bersepai…huhuhuhu..tue la konsert yg lepas yg lambat nak komplen xda maser bz..mungkin konsert selepas ni aku duk depan tv ngan lap top..gitewww…detail lagi..ntah2 ckp jer..last2 samer jer…

Betul gak ckp ac ni bawak remote kita sendiri,agak lepak kedai kopi jer org tgk citer lain kita tekan jer remote kitakan,..agak g umah sedara bawa remote pastu vote pakai line fon umah diorg..hehehe..okay gak tue baguih baguih…

Stacy-pelesit kota,.gaya bagus mcm rockers,..costum pun okay,.suka tgk dia penguasaan pentas dia okay,konfiden..energypower..

Faizal-kelas siti hajar baling kusi cetus satu isu,..yg penting terus boleh nyanyi..kalau boleh nyanyi kalau kiok…faizal awal2 dah sumbang..apa nie..teon dah out..cam ner nie..mesti pengetua tension ngan ko,..tapi ko masih bertahan walaupun ramli ms nak ko kuar..tapi mmg faizal ni dah banyak kali ajar\tetap cam tue…tapi kadang2 sian gak tgk faizal nie..kalau diorg nak faizal kuar naper masa audition tue amik..tetap nak kangkang…kecundang jua la nampak nya..

Bak kata ogy kekuda nak bersilat..tapi betul takan la nak nyanyi lagu rock kena kangkang jerk ..

Nadia-aku suka pompuan nie suasa power serak basah,.suka tgk rambut dia kembang cam tue,nak kena beli syampoo tue la..redah jer..bila dia nyanyi lagu nie perhhh naik bulu roma aki mmg besh siot,..tambah bila satanly jadi backup singer..suara stanly mmg vasss…betul ckp adlin kalau nak undi,kita undi dua2 skali ngan backup singer sekali..setuju…tearssssss…

Kadang2 menyampah gak tgk ac nie..kalau aznil mesti professional..

Alif-kamelia…lagu ni aku suka aku pernah nyanyi takla sehebat penyanyi sebenar..huhuhuh..tgk plak si alif ni nyanyi..tgk muka macam dok ingat lirik jer takut lupakan..tetap nak kangkang jugak kan..keseluruhan boleh laaa..

Lufya-yarabbi baju mcm hampeh,apala si designer nie,tak tau ttg fesyen langsung..ko ni gradute fashion maner..tapi bila tgkkan fashion designer dia pun terok..lufya bawak lagu ni teran seterannya nak nampakkan rock,tak elok plak jadinya…semacam jer..tak sesuaila dia ni bawak lagu nie..hancurr..

Naim-amik ko tiru gaya ramli ms terkeluar terus,..tapi nampak si naim ni mcm poyo jer…tak mcm rock langsung nyanyi lagu nie..hancur..tarik tak lepas..opera hidup..dia nyanyi mcm reaksi lagu aspalela last konsert..ayoooo..

Stanly-konsert okay tapi jerit yg last sekali tue pun mcm tak sesuai..tapi yg masa kat akademi ajar dia nyanyi lagu tu mcm tak sesuai punnn..gitew nama kucing stanly ning…patahnya sayap malam…he try dia punya best walaupun sore soprano..mcm seksa jer nak bawak lagu nie..sian ko..

Saida-dia ni nyanyi mcm takut2 jer tapi tgn tue tetap nak pegang sebelah muka naper ek kenan yer..tapi dah ader improvement sketla..muka mmg nampak mcm resah jer nak habis lagu ella nie..takut lupa lirik kot..yes kak ogy I sokong u suara tue jgn kepik..wah kak ning tak setuju pendapat kak ogy..perang ker uols…tapi kak ning semua okay..pengkritikan ader isu masing2..tapi adlin nie komen dia makin bagusla..walaupun berapi..

Nubhan-wah sketsa si nabil ngan mila nie..sfundi nubhan..kempen jgn tak kempen..ac salah sebut plak nabil..gilo ker apo..dia cuba sedaya upaya nak bawak lagu nie walaupun lagu omputeh..walaupun ader kuar tersumbang sket..dah pandai campak cermin mata nanti amik balik ek..tue barang pinjam tau..ala kak ning bukan tak hafal Cuma kureng sket jer English nie..

Wah adlin nie nak dgr balik si nadia nie nyanyi lagi..aku pun nak gak tgk lagi..

Riz- mata seksi ker..tapi masa ckp jepun ngan ac ni mcm ckp India plak..hancur hampeh..tapi tocang jepun..dia bawak lagu dari sinar mata..konfiden,..masa dia teran lagu ni mcm sugar glide pun ader..huhuhuu..mesti ker nyanyi lagu rock nie kena kangkang..tak kangkang tak rock ker….tapi yg aku tak syok nie mcm bila kena puji dia mcm terlalu bangga sgt,..rendah diri sket dik..aper2 pun perfom dia mmg best..

Adlin-sya sgt beterima kasih kepada awak,sy rasa terhibur n bla bla bla..wat ever jgn bangga sgt riz…low profile sket..okay..

Toi-pemain anglo,dulu aku ader g mkn kat tmpt dia nie kat jb..masa tue kitorg dah kacau2 dia main aglong nie..lagu x leh tahennn..xpdc..perfom boleh la…

Ac nie kadang2 memboringkan..suka sgt mecelah..

Mama Rina-u rock amma..metalica lagie..persembahan dia mmg di luar dugaan beb..mak suker mama rina punya show..best bangat..mungkin dengan pengalam yg mama ader membuatkan semua org terhibur sgt..go mama..biarla diorg nak ckp nenek tua pun yg penting mama rock…

Konsert keempat

So konsert keempat ni mcm tak ceria muka2 masing2 nampak tension lesu tak bertenaga why!why!..ke kena marah ngan pengetua terus jadi badi bak kata mama rina..tapikan dalam akademi dah banyak sgt konflek riz nie..ader yg tak suka riz macam nie,riz itu riz ini…adui riz tlgla jgn la dok besar kepala sgt nanti habis pengundi lari..be humblela..u nak berjaya nak menuju puncak so kena la hormat semua yg ader kat dlm tue..risau la aku dia nie….aku pun afundi dia gak..bapak riz ko ckpla kat riz nie cuba la bawak besabar jgn penntingkan diri sendiri,jgn besar kapala…tapi apa2 pun kes riz ngan mama rina pun dah settle jgn nak buat hal lagi okay..okay riz..afundi riz..stanly,stacy n nadia…

Faizal-sian gak dia ni ramai yg nak dia kuar,dia dah cuba sedaya upaya nak joget lagu nie,tapi ttp tone lari..naperla ko nie..nasib baik pengetua tak guna kuasa vito

Stop kan persembahan ko..mmg dia kawal suara dia..nak cover gugup..sian dia tekeluar gak dia nie..ramai yg tepuk dia kuar..ermmm puasla korang…

Kak ogy period kot ari nie..semua dia bantai…

Toi-dia ni buat tarian replica plak…muka dia ni pun nampak tesion..bawak lagu spider lauk ku cukup masin..mesti tension coz lagu ni laju mcm rap ..tapi spider bawak okay jer..toi lirik pun hamper terbabas…nak nari pun takut..nampak sgt tension …sabar toi..apa2 pun dapat gak turun kasi hadiah kat isteri yg tersayang…ah romantic..nanti aku kaco ko lagi main angling kat jb ek…

Alif- menghapus jejakmu..sian kat dia nie,kena tukar lagu last minute,tapi mmg lagu org puteh tue lagu sial susah plak tue..mesti dia tertekan bawak lagu tue..lepas tue pengetua plak kata mcm tue..sebak dol,kalau aku nagis kat situ jer..tapi dia cubala bawak lagu baru tue dgn penuh yakin tapi nampak sgt dia nyanyi takut tak ingat lirik..nampak sgt,..tapi dia dah buat sedaya upaya tapi tetap lupa lirik..okayla aku ingat dia ni dah nak out dah mlm nie nasib baik terselamat..lain kali work hard alif..

Saida-hati kama nyanyi lagu adik sendiri okay la tue tgk sket boleh tak ko bawak lagu adik ko nie..ternyata susah kan tapi dah kira bagusla kak ani dah teman kan ko nyanyi patut kena buat yg terbaik,tunjuk sket kat kakak ko yg ko boleh buat lebih baik dari dia..lontarkanlah sore mu itu jgn sekat..luahkan..tapi udian tetap maintain…datuk k tolong votekan ker…yg penting tangan tue tetap nak letak kat muka..cantik kak ani..

Stanly-kasih tercipta..dia dah bawak lagu ni sebaik mungkin walaupun terpaksa control suara..mula dia nyanyi meremang gak bulu roma aku nie..bila dia bawak mcm ada feel..kalau dia menitis air mata lagi best kot….apa2 pun okay stanly mak suka…

Mamarina-ari ni mama ader kecederaan naper ek jatuh ker..terbang helang..tapi mama rina mmg selalu dapat lagu best2..dia pun pandai bawak lagu ni ..org lama..kak ogy mmg period ari ni ada ker ckp mama rina nyanyi mcm kat lounge..overnyer..tapi mamarina nampak mcm tak ceria jer.naper??

Nadia-mengapa dirindu..lagu2 istana zaman dulu2..yg penting toi jadi raja..gitewla..nadia bawak lagu ni dgn lenggok dan lentok..sore tetap rock huhuhu..susah gak nak lembutkan sket sore tue kan..tapi okay.. ilikee…bini toi tgk jer dari belakang rindu ekkkk..sabar yer kak..

Nubhan-cinta hampa..ini lagi feeling…mula2 okay pastu hancur..posse hancur..bak kata adlin posse lucah..kak ogy barula nak gelak…

Riz-marabahaya…klasss mak riz buat drift..suka perfomens dia ligat..walaupun lagu tue lagu bagai nak rak tapi riz tetap boleh bawak..good job beb..riz jgnla ko bangga sgt tau..dan yg penting jgn besar kepala..nanti org x nak vote…

Stacy-cnta khayalan..lagu baru yg stancy bawa ni quit okayla..tak tau nak komen coz lagu barukan..kira okayla..tapi bestkan af6 ni dah dapat lagu baru..bertuah badan..komen jgn tak komen..

  • Share/Bookmark
1 comment