Archive for March, 2008
ANUAR ZAIN
Anuar: Duduk di riba pun saya tak kisah!
28-03-2008 12:38:46 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SELEPAS cerita kontroversi album terbaru penyanyi Anuar Zain, cerita mengenai penyanyi yang kini popular dengan lagu Ketulusan Hati ini kurang kedengaran lagi dan terus sepi begitu sahaja.
Namun, dalam diam-diam Anuar ada isinya kerana adik kepada penyanyi Ziana Zain ini sendiri sedang menantikan kemunculan album terbarunya yang dijangka siap pada tahun hadapan.
“Sebenarnya tak perlu ada kontroversi apabila saya memilih muzik dari Indonesia. Saya ingin katakan di sini, sebagai manusia kita sentiasa inginkan sesuatu yang baru tanpa prejudis.
![]() |
|
Diam Anuar diam berisi (Foto The Star oleh Darran Tan) |
“Sejak tiga tahun lepas, cerita tentang album sahaja sudah cukup dihebahkan. Akhirnya apabila album nak keluar dan selepas majlis pra-dengar dibuat, banyak wartawan yang keluarkan cerita tu.“Sudah terlalu banyak cerita peribadi saya yang disiarkan. Sekarang, biarlah saya tumpukan kepada nyanyian sahaja. Nak kata saya terlalu senyap sangat, tidak juga kerana saya ada banyak cerita sebenarnya,” beritahu jejaka berusia 38 tahun ini.
Apakah cerita yang ingin dikongsi oleh Anuar?
“Sekarang saya menantikan kemunculan single ketiga yang bakal disiarkan di radio-radio tempatan. Diharapkan single yang ketiga ini nanti adalah lagu yang lebih rancak berbanding Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.
“Klip video saya juga sudah berada di pasaran. Namun, kurang mendapat sambutan sebab mungkin orang tak berapa suka melihat klip video.
“Kalau ada pun, klip video hanya digunakan untuk program TV seperti Ria Sentral atau ‘ending credit’ sesebuah rancangan.
“Tentang hasil jualan album pula, kini ianya sudah memasuki enam bulan berada di pasaran. Setakat yang saya tahu, album tersebut sudah terjual kira-kira 25,000 unit dalam tempoh empat bulan.
“Saya bukan nak berbangga atau apa, tetapi berapa banyak yang kita jual perlu diberitahu dengan ikhlas.
“Oleh kerana album tersebut laris di pasaran, saya sudah mencetak 30,000 unit album lagi sebagai tambahan album untuk dijual.
“Selain itu saya sedang mengumpul material untuk mengeluarkan album terbaru yang bakal keluar pada tahun hadapan.
“Melihat kepada konsep album, saya inginkan lebih banyak lagu rancak kerana album sebelum ini lebih banyak lagu berentak ‘slow’.
“Kali ini tak kisah dengan mana-mana komposer dan produser album dari mana-mana samada Malaysia atau Indonesia.
“Saya juga bakal mengadakan persembahan di majlis Anugerah Bintang Popular 2007 dan Anugerah Planet Muzik 2008. Dalam ABP nanti, saya akan menyanyikan lagu Ketulusan Hati,” ujar Anuar ketika sidang media “A Nite With…Anuar Zain” di La Bodega, Pavillion, Kuala Lumpur.
Showcase tersebut dianjurkan oleh Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. buat kali kedua selepas menganjurkan ‘Malam 1001 Gemilang’ yang dijayakan oleh Mawi, M.Nasir dan Jamal Abdillah pada Disember tahun lalu.
Majlis makan malam istimewa yang bertemakan ‘Glamourous’ itu akan berlangsung
![]() |
|
Anuar janjikan kelainan dalam persembahannya kali ini.. |
pada 2 Mei depan jam 8 malam bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.“Saya akan menyanyikan 17 hingga 19 buah lagu penuh dan ada juga yang ‘dimedleykan’. Semua lagu yang dipilih adalah lagu Melayu kerana saya menghargai muzik Melayu.
“Diikutkan durasi masa yang diberikan adalah satu jam 15 minit tetapi persembahan saya bergantung kepada penonton juga. Semasa saya melakukan persembahan, peminat boleh naik ke pentas dan berhibur bersama saya.
“Mereka nak cium pipi atau duduk di riba pun saya benarkan. Hanya untuk berseronok dan saya mahu mereka semua gembira. Nanti, ada perkara yang mereka boleh perkatakan dengan keluarga dan rakan-rakan.
“Walaupun mereka bebas melakukan apa sahaja, ada juga batasnya kerana saya tidak mahu ‘mengotorkan’ show itu,” ulas Anuar yang memilih pemuzik Mac Chew untuk mengiringi persembahannya nanti.
Pastinya persembahan Anuar kali ini tampak berlainan dengan persembahan sebelum ini kerana beliau akan menyanyi dengan ‘live band’ yang membuatkan persembahannya lebih kreatif.
Dijangka seramai 1200 orang akan menyaksikan kelainan persembahan Anuar yang bakal menyanyikan sesetengah lagunya dengan iringan muzik piano manakala lagu berentak jazz dengan gitar.
Anuar yakin tanpa gimik persembahan, beliau mampu menjayakan showcase tersebut.
“Jika ada gimik persembahan, ianya nampak terlalu bersungguh. Ada ‘good crowd’, itulah baru gimik,” beritahu Anuar lagi yang bakal menguasai pentas seorang diri tanpa kehadiran penyanyi lain.
Saksikan Anuar Zain dalam showcase ‘A Nite With…Anuar Zain’ menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung dan sebagainya pada 2 Mei depan jam 8 malam di Dewan Perdana, Kuala Lumpur.
Tiket boleh dibeli dengan harga RM300, RM350, RM400 dan tiket istimewa RM650 sementara pakej meja RM3000, RM3500, RM4000 serta RM6500 di mana penonton yang hadir turut dihidangkan dengan hidangan makan malam istimewa beserta cenderahati daripada pihak penganjur.
Untuk tempahan tiket, hubungi talian 03-77274515 (Tity, Ayu dan Affi) dan 03-20911666 (ticket 2u) atau boleh juga dapatkan tiket di semua Tower Records dan Music Valley di Lembah Klang serta layari www.ticket2u.biz.
2 commentsIMRAN AJMAIN
thks to budiey.com coz i dah mng peraduan itew,dan aku dah dapat cdnyer,tapi blum lagi dgrla coz xder masa mungkin esok lusa boleh dgr,tak sangka sajer jer masuk peraduan boleh dapat cd free,best bangat..so kalau uols nak dapat hadiah mcm aku dapat bolehlah layari blog budi nie..kadang2 ader peraduan,maner tau boleh dapat tiket free ker,maklumla sekarang ni musim af,mesti uols nak tiket freekan.tiket wayang atau sebagainyer..
tgk pada cd ni mmg cantik hijau ala2 flora lagi,.lagu dia aku ada gak dgr boleh tahan..atiq jgn mare aku ader cd imran ajmain..dulu ko malu sgt nak picture dia kat pavillion..huhuhu
3 commentsJOM BOWL WITH MILA
meh kita g bowling lagi ngan mila fc..terbuka kepada semua fc x kira la u punya fc ker glamor ker tak glamor boleh join..biasala main seronok2 ngan fc lain boleh kenal2 mengikat silahturahim..
so uols kalau yg nak join tue boleh la baca flyers nie dan boleh menghubungi mereka yg berkenaaan..lagi ramai lagi bagus..amacam boleh sampai 2 blok tak..kalau sampai mesti meriah sokmo..
jgn lupa tarikh tutup 15 april boleh cari geng sekarang..aku nak buat team aku sendirila..boleh ker…?haruss..
3 commentsBLOGKU BERSARANG
Blog ku yg bersarang,
Aduih dah lamer aku x menghup date blog ku ini yg sekian lama ku tinggalkan,dah bersarang labah2,puas ku nak bersihkan,..sarang dah tebal bagaikan menternak labah2..
Huhuhu bukan aper semenjak dua menjak nie mmg sibuk sesangat dah x der maser nak hup date blog yg ku yg dicintaii..gitewlah..
Sekarang mmg sibuk coz kena buat keje2 admin hahaha yg mencabar dan membingungkan ootak ku ini..ader jer yg tak kena kat hq tue..padahal dah okay tapi nak jugak ikut mcm diorg punya format..bak kata nak senangkan keje diorg..padahal x tau aper situasi yg aku alami kat center nie..tue kena buat nie kena buat semua kena buat..nasib baik aku rajin..gitew angkat bakul sendiri..saper lagi nak puji kalu bukan aku sendirikan..tapi okay jer,dah nama kejekan..buat jerla..potong gaji baru tau..jgn la potong gaji boss nanti binatang peliharaan aku x makan plak..kah kah kah…
Aku sekarang pun dah lama x join event2..semuanya x sempat,sebernarnya sempat tapi kalau hari ahad hari istirehat bagi aku..tidurla apalagi dah namakan cutiiii..lagi best jalan2 town jer cuci mata dan minda..gie window shopping lagi best..atau gie pet shop..tue lagi best..atau gie pavilion makan jco donut yg sedap yg lazat x terhingga tue..satu dozen aku beli perabih sensorang jer..puehhhh…
Sekarang ni pun binatang peliharaan aku semuanya dah besar2..comey2 jer,bestkan bila dari kecil aku bela dah sampai beranak pinak dah ader cucu cicit pun..tapi yg malangnya maser aku gie outstation kat sp ari tue ader yg x kena jadi pader binatang aku..harapkan housemate jaga ader jer yg hilang died n lain2 lagi..aku pun raser mcm nak sedekah jer binatang yg aku ader nie pada mereka yg nak membelanya..tapi sayang jugakkan kalau x kena dgn tuan..aper2 pun aku dah ader senarai yg aku nak kasi…coz aku ni banyak sgt outstation nanti aper plak jadi binatang aku nie..hmmm..kalau kat ipoh dah tentu mak bapak adik beradik aku jaga..
Aku rasa aku dah jadi mcm penternak binatang,umah aku dah mcm mini zoo dah huhuhu..syok beb bela exotic pets ni tapi kena bertanggungjawab la..coz kena jaga dgn baik2..kalau x buang maser jer…hahaha..lupakanlah pasal pets ni nanti aku show of binatang peliharaan aku yg dicintai dan disayangi mcm baby2ku plak..
Sekarang kat tv dah banyak citer2 yg besh2 bagi aku la bagi korang mak x tau la nyahhh..banyak jugak citer2 nyah kat tv..mak suker..bukan aper baru lah best nak tengok diorg2 ni bawa watak yg berbeza so how..baik punya..sekarang ni kau dok layan citer puteri yg terbuang..addict giler citer ni,nanti kita talk2 pasal story ni saper yg suka la ek..pas 2 citer sindarela,gaia,blow out,adi dan ayah,hikayat putera shazlan,geng bas sekolah..hahahhaha best tau kalau sekali sekala layan citer mcm nie..x cayer cuber try..mmgla citer budak2 tapi best tgk bagi diriku..
Af dah mula plak tue,saper yg uols vote..mak ader calon nyer…gitew..rahsiala..nanti kita talk2 ek,..dah lama aku dok berceloteh nie wokayla nak ciaw dulu..be urself..
Duyung
Uols mesti dah tgk citer duyungkan bagi aku citer ni mmg aku sukala,bagi aku ader yg x suka no hal la..coz banyak watak dimeriahkan oleh apek ni.yg tahan si orix tue la lakonan yassin,mmg padan pun watak mcm tue.tapi maya Karin lawa bangat sih,mmg sesui jadi duyung..tapi mesti penatkan nak berduyung ngan costum mcm tue..tapi yg paling mek suker pulau dia yg amat canti sekali,jernih bila nak pi
Apek-mmg berlakon kat maner2 wayang pun mmg lawak mmg box opis kadang2 filem tue.mmg menjadi watak aper pun apek bawak.
Yassin-orix beruk jadian yg dok sebut fuyohh..biasala sponsor digi kenala sebut banyak2..tapi mmg padan pun yassin tue bawak watak tue mmg kena ngan ko..
Hani-wah aspalela yg terpaksa dihitamkan barulah menjadi,hani mmg sesuai watak yg ala perempuan melayu terakhir,cute mute dan sanggup jadi girlfren apek walaupun x berharta,mmg pun kalau kita dah cinta x kira harta dan wang janji cinta suci,tapi kalau x der duit nak bagi makn aper…ek..big mac pun x lepas…aduihh..
Maya Karin-dari
Awie-dalam citer nie mcm x betul sikit,dok gigit kuku,kekwat plak tue,nak buli org jer..aper pun mmg best ..x sabar nak tgk citer awie memegang watak nyah…huhuhu..aduh cantik bangat lo..
So kalau uols nak tgk citer ni bolehla g tgk ngan kuarga lu ols..kalau x sempat takut tak best tggu jer vcd..cadangan terbaik..huhuhu..
Jom kita g tgk congkak..mesti serammm..boleh jerit2 jom…
Raja lawak musim ke2
Musim ke2 dah habis dah tahu saper yg mmgkan..tapi mmg aku akui nabil mmg berhak dapat coz aku selau gak tgk raja lawak nie setiap siri mmg nabil yg selalu menonjol..dulu mula2 aku vote for charm coz setiap episode diorg mmg best tapi bila saat akhir masa final mcm lembab sekali mcm x der feel langsung,tak tau aper mesej diorg nak sampaikan..
Macam nabil he the one,mmg tak diragui pun masa episode akhir dia perfom mmg menjadi giler..mmg banyak mesej yg dia sampaikan count dakula.mmg klakar habis..
Ingat lagi masa dia buat lawak spontan menggunakan barang2 yg x der kena mengena dgn topic yg diorg bagi..tapi apa pun dia boleh buat,stat tue aku tau dia mmg boleh buat spontan,bagi jer mmg boleh buat,tue la yg perlu ader pada seorg pelawak,bukan senag nak jadi pelawak iq mesti tinggikan..
Tapi yg paling klakar habis dalam raja lawak nie bukan peserta tapi pengacaranyer yg giler2 buat x kering gusi aku tgk..diorg nie ader jer ayat diorgkan..maner dapat tah idea diorg nie..kalau diorg ni ader buat show sekali mmg gempak bila nak buat ek..mesti pecah perut aku gelak..non stop ketawa beb..
Tahniah nabil…charm aku sokong jugak…
Syok tgk zizan dalam siri GAIA..kui kui..saka yg paling vogue..
GAIA,GAIA,GAIA…mak datang nok….huhuhuhu…
p/s:wah sekang dah ader citer teksi tunai,boleh dapat cash kalau jawab soalan diorg bagi..best tue..banyak ker cashnyer,kalau banyak aku nak gak naik teksi ari2,maner tau kalau bernasib baik dapat banyak cash boleh beli alibino snake..nanti nak naik teksi kena pilih dulu..kah kah kah..sampai kemalam aku x balik umah kalau nak pilih teksi tue..hampehkan..
1 comment










