Archive for February, 2008
ANAK
Filem Anak ‘halalkan’ pengguguran?
21-02-2008 02:36:20 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KECANTIKAN dan pengguguran merupakan dua perkara yang berbeza.
Namun apabila seorang wanita memaksa sepupunya melakukan pengguguran demi kecantikan diri-sendiri, ianya sudah bertukar menjadi suatu perkara yang subjektif.
Bukankah Tuhan sudah mengurniakan seseorang itu dengan keistimewaan masing-masing maka sikap untuk mengubah nikmat yang diberikan itu tidak sepatutnya berlaku dalam kelompok masyarakat sekarang.
Namun atas dasar tidak mahu dipersendakan sementelah terikat dengan dunia peragaan, beliau tidak mampu mengawal kewarasan akalnya sehingga mengupah tiga orang lelaki merogol sepupunya lalu menyarankan anak yang dikandung itu digugurkan.
Teknik close-up atau syot dekat menggambarkan perasaan takut Nita
Wanita itu adalah Kay yang berniat menggunakan janin anak yang digugurkan oleh Nita untuk menutup kedutan pada wajahnya melalui cara tradisional yang dilakukan oleh bomoh wanita dengan gelaran Mak Mek (Azizah Mahzan) yang berasal dari Kemboja.
Bukannya Kay tidak cantik tetapi disebabkan ingin dilabel sebagai wanita Melayu tercantik Malaysia, akhirnya Nita yang naif itu dijadikan mangsa.
Kekejaman tetap dibalas dengan hukuman bilamana kesemua individu yang perlu bertanggungjawab ke atas Nita terkorban seorang demi seorang.
Watak Kay lakonan pelakon serba boleh Malaysia, Ida Nerina Hussain sementara Nita dilakonkan oleh pelakon jelita Erra Fazira atau Fazira Wan Chek dalam filem Anak lebih menguatkan filem yang berkonsepkan filem seram Hong Kong dan Korea seperti yang ditonton sebelum ini.
Kedua-duanya seperti yang sedia maklum pernah memenangi anugerah sekaligus membuktikan kejayaan mereka dalam industri perfileman ini.
Ida berjaya membawakan watak Kay yang agresif, mementingkan diri-sendiri, degil tetapi akhirnya insaf dan akur dengan segala kehendak duniawi selepas segalanya berlaku punca dari dirinya sendiri.
Mana mungkin cerita yang mengangkat tema pengguguran dan kecantikan ini lari dari konsep bunuh-membunuh yang sama dengan filem seram lain.
Walaupun watak hantu kanak-kanak berusia lima tahun itu tidak menyeramkan tetapi sedikit sebanyak ianya mampu mencuit perasaan suspens dan cemas.
Kerana nafsu ingin cantik menyebabkan hati menderita dan akhirnya membawa sesalan yang tidak berguna
Seperti kata Penerbit Filem Box Lite Film Sdn. Bhd, Michael Ang, walaupun genrenya seram, tidak bermakna filem itu perlu menunjukkan unsur seram 100 peratus kerana unsur seram boleh dipecahkan kepada beberapa kategori.
Watak Nita yang naif dan ‘bagai lembu dicucuk hidungnya’ itu mengikut sahaja kata-kata Kay untuk menggugurkan kandungan yang baru berusia beberapa hari itu.
Tanpa memikirkan sebab dan akibat, Nita akhirnya menggugurkan kandungan secara terpaksa lalu cuba membunuh diri.
Inikah pengakhiran kepada semua episod? Cerita ini juga berakhir dengan sikap Kay yang mengambil jalan pintas dengan membunuh diri juga bagi menjernihkan keadaan mereka dihantui jelmaan hantu kanak-kanak itu.
Erra yang pertama kali melakonkan filem seram mampu membawakan watak seorang wanita yang sentiasa berwajah cemas apabila terpandang wajah hantu kanak-kanak dengan mata berwarna putih itu.
Kay memprovokasi Nita menggugurkan anak yang dikandungnya
Watak Nita lebih banyak bermain dengan ekspresi wajah yang ‘sendu’ dan sedih akibat kisah silamnya selain beremosi marah kerana tertekan dengan masalah yang dihadapi ketika itu.
Bagaimana pula dengan dialog Kay yang menyebut anak luar nikah itu perlu digugurkan kerana tiada masa depan?
Bukankah ia akan menimbulkan sensitiviti kepada individu yang dilahirkan hasil hubungan seks luar nikah di luar sana?
Namun, Michael selaku penulis skrip filem mempertahankan ini kerana ianya hanya untuk cerita semata-mata bagi ‘membuka jalan’ kepada Nita supaya menggugurkan anak yang tidak berdosa itu.
Timbul persoalan, jika begitu, filem ini seolah-olah berusaha untuk menggalakkan kaum wanita melakukan pengguguran?
“Ia lebih baik daripada seseorang wanita itu melahirkan dan kemudian membuang anak itu di mana-mana,” beritahu Michael.
Diganggu jelmaan hantu anak
Ida pula menambah, “Sebenarnya pengguguran tersebut hanyalah menunjukkan Kay inginkan janin tersebut.
“Jika tidak macamana dia nak cantik?.”
Menurut Michael, kisah pengguguran dan kecantikan ini memang pernah berlaku di Hong Kong di mana seorang wanita tidak menggunakan kaedah seperti yang dipaparkan dalam filem Anak sebaliknya memakan janin tersebut.
Watak kanak-kanak, Amirul Hisham sebagai ‘jelmaan hantu’ yang menganggu Nita akhirnya meragut nyawa Mak Mek, perogol dan Kay.
Ida dan Erra pandai bermain dengan emosi sementara Phillip masih boleh perbaiki lakonannya pada masa akan datang (Foto The Star oleh Azlina Abdullah)
Walaupun watak hantu kanak-kanak tersebut langsung tidak diberikan dialog tetapi pergerakan dan lakonan Amirul nampak kelakar, mungkin kerana beliau masih kecil dan semuanya dilakukan secara selamba.
Wajahnya langsung tidak menimbulkan keseraman melainkan matanya sahaja yang berwarna putih dan mimik mukanya juga ‘bersahaja’ tidak seperti watak hantu kanak-kanak yang dilihat dalam filem Ju-On dari negara matahari terbit.
Pelakon dari Indonesia Phillip Jusof yang turut diberi peranan utama memegang watak Dr. Amar juga masih boleh memperbaiki cara lakonannya pada masa akan datang.
Ekpresi muka Dr. Amar sebagai doktor psikiatri masih lemah apabila beliau kadangkala lebih banyak tersenyum walaupun dalam keadaan serius.
Di dalam babak yang memerlukan beliau lebih agresif dan merayu dengan Nita, penghayatan dalaman kurang menyerlah sehinggakan beliau nampak kaku.
Suasana cemas menyelubungi perasaan
Walaubagaimanapun, teknik kamera yang digunakan oleh pengarah Barney Lee memang patut dipuji kerana beliau banyak menggunakan tanda-tanda atau ‘sign’ yang membawa pengertian tertentu meskipun ada sesetengah shot kelihatan blur.
Sebenarnya ada maksud yang tersirat disebalik kekaburan itu seperti yang dilihat ketika Nita melihat rumah sewa barunya.
Wajah pemilik rumah sewa tersebut termasuk keadaan belakang Nita sengaja dikaburkan bagi menunjukkan keadaan Erra yang masih tercari-cari dirinya yang berada diawang-awangan selepas mengalami trauma dirogol serta hidup yang dirasakan tidak bermakna lagi.
Juga teknik ‘panning’ yang digerakkan ke kanan dan kiri juga menggambarkan pergerakan emosi mereka yang bergolak lebih-lebih lagi ketika aksi membunuh diri di atas bangunan.
Teknik low angle atau sudut bawah menggambarkan keadaan Nita yang lemah
Selain itu, Anak banyak mempraktikkan tumpuan sudut atau ‘angle’ kamera ‘eye level’ atau separas dengan wajah Erra bagi menggambarkan kedudukan Nita yang ditengah-tengah antara positif dan negatif.
Seperti yang dilihat Nita antara kenaifannya yang terlalu lurus hingga teraniaya diupah untuk dirogol dan berkelakuan kejam apabila mendengar kata Kay untuk menggugurkan kandungan itu.
Shot kamera juga banyak menumpukan ‘medium close-up’, ‘close-up’ atau syot jarak dekat bagi menggambarkan perasaan pelakon yang kadangkala cemas, takut, marah, dan sedih.
Masih banyak lagi perkara yang boleh disentuh dalam filem ini tetapi jika ingin mengetahui lebih lanjut, tontonilah filem Anak bermula hari ini 21 Februari di pawagam!
1 commentHOT FM BIG JAM 2008
barisan artis:UNGU,ADIBAH NOOR,HUJAN,NURUL,RAMLAH RAM,MEET UNCLE HUSSAIN,SOFAZ,JINBARA,DAYANG NURFAIZAH,ELYANA,AKU,JAC,LIZA HANIM,FLOP POPPY,ADAM,NEW BOYZ,FIQ,IMRAN AJMAIN,NITRUS,MISHA OMAR,ALIF AZIZ,MILA,KRISTAL DAN PENYAMPAI2 HOT FM
No commentsDUNIA BARU THE MOVIE

9 feb 08 hari ni baru aku dapat tgk citer ni dari first raya cina yg pertama sampailah hari ni..giler tul full house semuanya,kalau ada pun barisan depan screen..hampeh,kat bts ni dari pagi sampai kemalam tudia beratur panjang berjelar..semua citer best2 plak tue musim nie..so pasal citer ni okayla x derla sebest mana kat tv..rasanya kat tv lagi best dari movie ni..adela adegan yg mencuit hati…tapi part paling best mungkin paling digemari mak si adib tue..haha tetiba jer boleh muncul dalam lokap tue..insaf penyamun tue..kalau doselitkan ngan mak adib ni mesti lagi best..boleh tgk dia berceramah,apa pun 3 bintangla aku bagi,.kira okay la dari tak der bintang..huhuhu kena support gak filem kitakan..so kita tggu citer CONGKAK plak..mesti seram…agaknyer…ciow..
No commentsCJ7
cj7,..citer ni mmg klakarla kalau tgk,binatang anjing planet kononya boleh buat magic supaya budak ni jadi pandai..berangan jgn harapla kan…tapi mmg comey giler anjing ni,..tapi part yg paling best bila anak dia ni nampak hantu gelagat dia nak menjerit..punyala susahnya coz bapaknya suruh diam.akhir sekali binatang tue telah selamatkan nyawa bapaknya yg dah meninggal tapi hidup semula hasil kuasa yg ada pada anjing tue…nak citer lagi pi la tgk…huhu

GONG XI FA CHAI
ermm lama gak dh tak update blog nie..bz sgt2,balik jer keje terus tdo letihla semenjak dua menjak ganti tmpt org nie..bilala nak ada pengganti nie..okay oleh kerana dah dlm mood raya cina aku nak ucapkan selamat hari raya cina pada member2 yg menyambutnya dan sesiapa sajer yg mengenali diri ini..berhati2 dijalan raya pandu cermat jiwa selamat..jgn lupa ang pow utk aku..tq..
happy chinese new year n selamat pengantin baru Ning/Omar
wah meriah ni persandingan diorg nie ibarat kenduri of the year..ala2 kampung lagi.akhirnya tamat jua zaman bujang kak ning nie..semoga menjalani hidup baru disamping suami tercinta.. dan dikurniakan cahaya mata..sepasang sayap tak terlihat sekarang dah ada dua pasang sayap..nak honey moon kat maner?kalau uols nak tgk bertapa indahnyanya perkahwinan ini jelajahlah laman wer ni dan anda akan jumpa link2 lain..selamat…JUDD
No commentsMEET THE SPARTANS





