Archive for January, 2008

ZOOM IN DAYANG

January 26th, 2008 | Category: EVENT,FOTO,JOURNAL BLOGS
rakaman zoom in dayang yg akan ditayangkan pada 10 feb 08 sempena chinese new year.artis jemputan Vince.judd thks for da tix..
dayang fc..join Dayang Fan Club
sempat posse kat RTM..teman setia anda..
  • Share/Bookmark
2 comments

SUNDAY NITE LIVE DAYANG

January 14th, 2008 | Category: EVENT
  • Share/Bookmark
No comments

PRELUDE AIM 2008

January 11th, 2008 | Category: EVENT,JOURNAL BLOGS
prelude aim 2008 at planet hollywood
fazli zainal n dayang
dayang n fanatik mama
fazli zainal fc
dayang fc
credit last pic from judd.thx judd
  • Share/Bookmark
No comments

IN THE NAME OF THE KING

January 11th, 2008 | Category: MOVIE
Rise and Fight!

In the breathtaking fantasy adventure, In The Name of The King: A Dungeon Siege Tale, director Uwe Boll conjures up a medieval world filled with royal treachery, dark magic and spectacular battles, all set against some of the most awe-inspiring vistas ever captured on film.

A simple family man (Jason Statham) is forced to take up arms after an evil sorcerer (Ray Liotta) unleashes an army of bloodthirsty beasts that destroy his small village and capture his beautiful wife (Claire Forlani). As the marauding forces overrun the land in an effort to overthrow the king (Burt Reynolds) and his loyal magus (John Rhys-Davies), the once peace-loving peasant and his two companions (Ron Perlman and Will Sanderson) venture into perilous, uncharted terrain on a daring rescue mission.
in the name of the king
myspace
  • Share/Bookmark
1 comment

AF KEMBALI

January 10th, 2008 | Category: EVENT,JOURNAL BLOGS

ujibakat AF6

berumur 18 hingga 45 tahun

lokasi ujibakat:

JAN

  • 12-13-astro bikit jalil kl
  • 17-20-komplek asia city kota kinabalu(sabah) & crowne plaza riverside(sarawak)
  • 26-27-komplek mawar (johor bahru) & gurney plaza (penang)

FEB

  • 02-03-astro bukit jalil kl

  • Share/Bookmark
No comments

ALBUM SULUNG MILA

January 10th, 2008 | Category: JOURNAL BLOGS
Mila lega album sulung berjaya disiapkan
10-01-2008 11:35:17 AM
oleh WAHIDA ASRANI

BAHANG kehangatan Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang akan kembali tidak lama lagi pastinya sudah mula dirasai oleh rata-rata peminat program realiti popular itu.

Sudah pastinya juga, impak kemunculan AF musim baru ini turut dirasai oleh artis-artis kelahiran program ini sejak musim pertama hinggalah yang kelima. Bagi yang sudah mempunyai hala tuju sendiri, pastinya tidak gentar menghadapi saingan dari ‘junior’ mereka ini kelak.

Tetapi, bagi yang masih mencari-cari arah dalam industri ini, tentu akan sedikit gusar memikirkan ‘kedudukan’ mereka apabila AF6 menyusul nanti.

Bagi juara AF5, Noorsyarmila Jirin atau lebih mesra dengan panggilan Mila, dia bagaimanapun berasa cukup bertuah kerana berjaya menghasilkan album sulungnya, Mila…Persis Mutiara yang sudah pun berada di pasaran sejak 28 Disember lalu.

“Saya lihat kemunculan AF6 ini dalam aspek yang positif. Sebenarnya, AF musim baru ini adalah pembakar semangat bagi kami artis-artis AF agar terus berusaha untuk pastikan nama kami tidak akan tenggelam,” kata Mila yang ditemui pada majlis pra-dengar album terbarunya itu, semalam.

Mila…Persis Mutiara menampilkan lapan buah lagu seperti Mila Bila Cinta, Ilham Di Matamu, Aku Lebih Tahu dan lagu popularnya, Persis Mutiara.

Antara komposer yang menyumbangkan lagu mereka di dalam album ini ialah Ajai, Audi Mok dan Yuriz.

Turut dimuatkan ialah sebuah lagu khas yang didedikasikan buat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin berjudul Pergi Mu, di mana lagu tersebut dicipta oleh Ketua Pengarah Operasi Maestro sendiri, Freddie Fernandez dan liriknya oleh Habsah Hassan.

Mengulas mengenai album penyanyi berusia 21 tahun ini, kata Freddie, pihaknya terpaksa mengejar masa untuk menyiapkan album tersebut bagi memastikan Mila dapat bertanding di dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) di mana hanya album yang dihasilkan sebelum 31 Disember tahun lalu saja layak dipertandingkan.

“Bukan mudah untuk keluarkan album kerana kami ingin mencari lagu-lagu yang berkualiti. Kita juga menggunakan 100 peratus khidmat komposer tempatan.

“Saya juga turut cipta sebuah lagu untuk Mila. Ini secara kebetulan saja kerana penulis lirik lagu tersebut, Habsah sendiri meminta saya untuk buat lagu itu.

“Apapun, kerana kita mahu Mila sertai AIM pada tahun ini, kita cuba percepatkan proses penerbitan dan nampaknya album ini telah berjaya mendapat pencalonan untuk hampir semua kategori yang dipertandingkan,” ujar Freddie.

Bercerita mengenai albumnya itu, kata Mila pula, dia melihat album sulungnya itu dapat menjadi platform untuk mengenengahkan namanya dengan lebih jauh lagi di dalam industri ini.

“Selain AIM, Mila juga dapat sertai program IKON tidak lama lagi. Jadi, secara tidak langsung, ia boleh bantu perkembangan seni saya selain dapat mempromosikan album ini juga.

“Secara peribadi, apa yang saya mahukan memang ada dalam album ini. Tetapi, saya tetap anggap album ini sebagai satu eksperimen dan biarlah peminat yang menilaikannya,” kata gadis kelahiran Pulau Pinang ini.

Pertama kali terlibat di dalam penghasilan album, kata Mila, ia adalah satu pengalaman baru yang cukup bermakna buat dirinya.

“Sekarang baru saya sedar proses ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi, saya rasakan perkara yang paling mencabar adalah sewaktu proses masukkan vokal…adakalanya perlu buat sampai tengah malam.

“Lagu yang paling sukar pada saya sewaktu rakaman ialah Ilham Di Matamu. Ia ambil masa sehingga dua hari untuk rakamkan. Tetapi, seronok sebenarnya sebab dapat belajar banyak perkara baru,” jelas Mila.

Gadis kecil molek ini juga turut berkongsi pengalamannya menyanyikan lagu Pergi Mu, yang merupakan tribute untuk Allahyarham Nurin, mangsa pembunuhan kejam yang turut didera secara seksual pada September tahun lalu.

“Saya berkesempatan berjumpa dengan keluarga Allahyarham sebelum itu dan saya akui, lagu tersebut cukup menyentuh jiwa saya.

“Bagi saya, ini adalah satu cara yang boleh saya lakukan untuk kita sentiasa mengenang Allahyarham,” tutur Mila.

  • Share/Bookmark
No comments

FARAH BIRTHDAY PARTY

January 10th, 2008 | Category: BIRTHDAY
breep2 dah 23 tahun rupanya,wah diam tak diam 25 jan nie,so mcm biasala fc dia ni buat birthday party yg berlangsung pada 25 januari sesuai tarikh lahir dia bertempat di IZZI restaurant bukit bintang,ala dekat jer ngan tmpt aku ni,so dah ramai plak buat event kat situkan hari tue ebi ni farah..tapi mmg tmpt tue sesuai bt event mcm nie..

so saper yg nak g memeriahkan besday party ni bolehlah g saner ahli ker tak ahli ker pun boleh join..so any info farahfc

p/s:i bukan ahli leh dapat discount tak?huhuhu

  • Share/Bookmark
No comments

HAPPY BIRTHDAY JUDD

January 09th, 2008 | Category: BIRTHDAY,JOURNAL BLOGS

so walaupun beberapa hari dah terlepas jus nak wish my buddie ni HAPPY BIRTHDAY TO U panjang umur murah rezeki dan success apa jua bidang yg diceburi,..so working hard judd..7 januari cukuplah 27 tahun ek..ermm tu nak dikatakan tergolong dalam kategori remaja ker atau sebaliknya giteww..

so juz wish x dapat nak selebrate ngan diorg..mencila diorg ni kuar tak ajak aku,sehari suntuk aku dok umah tak sorg pun sms aku..selalu ari ahad aku keje bila hari ahad aku cuti tak da plak…its okay mungkin uols x tau i cutikan ari tue..xcusss sgt..so enjoy da pic..jus tepek amik kat blog judd ni.

  • Share/Bookmark
3 comments