Archive for September, 2007

CHUCK AND LARRY

September 27th, 2007 | Category: MOVIE

8.jpg8.jpg

mesti tonton CHUCK N LARRY

saper yg kaki wayang tue harus tgk wayang nie best klakar dan sebagainya..dgr citer dh digam masuk malaysia,tahlah dgr kabar angin jer,tapi apa pun kalau kena gam janji i dh tgk citer ni sebelum kena gam..huhuhu..harus adik adik gi tgk gitew…faham2 jer la citer ni komedi dan perjuangan hak masing2..huhuhu..tgk dulu baru tahu…

  • Share/Bookmark
No comments

BERBUKA PUASA BERSAMA MILA

September 27th, 2007 | Category: RAMADHAN,SELEBRITI

Sehari sudah lesu berpuasa,

Hidangan berbuka sudah tersedia,

Mila menanti berbuka bersama,

Adakah Da VOm sudah bersedia?

Dingin di perigi di waktu pagi,

Budak budak bermain guli,

Zon on the Park tempat dikasi,

Tarikh 4 October sudah di beri

Menyeberang lautan melintas negeri,

Terbang jauh dari Itali,

Da VOM muka berseri-seri,

Pakat-pakat kita pergi.

Majlis berbuka penuh kenangan,

Berbalas pantun akan diadakan,

Kejayaan menempuh sebarang halangan,

Ada hadiah akan diberikan.

Assalammualaikum Semua,

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mari lah kita beramai-ramai berbuka puasa bersama Mila tersayang, sambil berbalas – balas pantun adanya. Pantun yang tercanggih akan diberi hadiah istimewa dari Mila sendiri.
Da VOM semua apa tunggu lagi??????
Terbuka pada 50 ahli Da VOM yang pertama membuat bayaran ke :

Maybank Berhad
1140 1203 1325

Nor Azwana Bte Hamid

RM50 dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak.

Fax kan transaction slip ke 03 2058 0155 sebagai bukti pembayaran atau scan ke bendahari.davom@yahoo.com

Pakaian : Baju Raya Lip Lap Lip Lap :D
Acara Khas : Berbalas pantun bersama Mila

  • Share/Bookmark
No comments

BERBUKA PUASA BERSAMA NANA KE

September 24th, 2007 | Category: EVENT,RAMADHAN

 

MAJLIS BERBUKA PUASA NANAFC 2007

Tarikh : 29 September 2007
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 ptg
Tempat : Restoran Puteri,
Lot 3074, Jalan Dato Sulaiman
Taman Tun Dr. Ismail
40000 Kuala Lumpur
Bayaran : RM45.00 nett per person

Direction : Located below Penchala Link.
If you’re coming from Sri Hartamas/KL,after
going through the Penchala Link tunnel,
take the exit ramp on the left to Taman
Tun, and turn left when you see the
restaurant.
From Sri Damansara/Kota Damansara/Ikea
area, take the exit ramp to Taman Tun,
turn right at the traffic lights under
Penchala Link intoTaman Tun and then
turn immediately to the left (you will see
the restaurant building right away).

Kepada sesiapa ingin menyertai majlis berbuka puasa ini sila membuat pembayaran kpd:
NOR HAYATI BT MOHD NOR
162151678913(MAYBANK)

Selepas membuat pembayaran sila inform kepada adeq dan simpan resit sebagai bukti. Sila bg confirmation sebelum 27 September 2007.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Kak Aida 0162776727
Angah 0137353934
Adeq 0126867762
Jea 0122490337

  • Share/Bookmark
No comments

NURIN

September 21st, 2007 | Category: NEWS

Mayat dalam beg sah Nurin

Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri


GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.

Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa

SHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kimia memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu.

“Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, Khalid berkata, ujian susulan akan dijalankan bagi menentukan kesahihan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu.

GAMBAR (kiri): Jazimin Abd Jalil dan (kanan): Norazian Bistaman.

“Kita sudah meminta ibu bapa Nurin serta kakaknya untuk diambil darah mereka bagi ujian selanjutnya. Ahli keluarga terdekat Nurin, termasuk datuk dan neneknya akan turut diminta membuat pengecaman.

Kita berharap semua pihak, terutama keluarga Nurin dapat memberi kerjasama penuh dalam usaha menyelesaikan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis sudah mendapat petunjuk awal bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak itu.

“Kita sedang mengawasi seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di ibu negara.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti suspek, berkata polis masih menjalankan siasatan dan belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kejam itu dilakukan pembunuh bersiri.

“Kita sudah ada petunjuk dan maklumat serta sedang menjalankan siasatan. Setakat ini kita tahu hanya seorang yang terbabit dalam pembunuhan kejam kanak-kanak itu. Suspek juga masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya

Musa juga berkata, ujian DNA kali kedua akan dilakukan terhadap ibu bapa Nurin bagi mendapatkan pengesahan mutakhir identiti mayat kanak-kanak itu.

“Identiti mayat itu belum dapat disahkan sebagai Nurin kerana menurut bapanya mangsa tidak mempunyai tanda lahir di paha kiri seperti pada mayat kanak-kanak itu. Saya sudah arahkan Ketua Polis Selangor (Khalid) membuat ujian DNA kali kedua dan keputusannya akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, menjadi prosedur biasa bagi polis menjalankan ujian susulan bagi mengenal pasti identiti mayat yang tidak dikenali, terutama membabitkan kes jenayah, malah kes Nurin itu bukan yang pertama.

“Pernah berlaku kes sama sebelum ini membabitkan penyanyi, Along Spoon, yang mayatnya ditemui dalam guni di kawasan terpencil di Negeri Sembilan. Ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Along Spoon, tetapi keluarganya tidak dapat menerima hasil ujian itu,” katanya.

Mengenai ketiadaan kesan suntikan (BCG) pada mayat kanak-kanak itu hingga timbul dakwaan kemungkinan mangsa warga asing, beliau berkata polis masih menunggu laporan lengkap perubatan dan penjelasan doktor berhubung perkara itu.”

Ditanya sama ada ibu bapa Nurin akan dipanggil untuk disoal siasat, beliau berkata, tindakan itu bukan satu keperluan ketika ini, namun mereka akan diminta menjelaskan sebab mayat kanak-kanak itu dikatakan bukan anak mereka.

Difahamkan, bapa Nurin dipanggil ke Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira 4.30 petang untuk memberi keterangan berhubung keengganannya menerima keputusan ujian DNA itu.

“Polis akan turut meneliti sama ada kes penemuan mayat kanak-kanak ini dan kehilangan Nurin mempunyai kaitan dengan ‘Lelaki Kucing’ yang terbabit dalam beberapa kes pencabulan kanak-kanak di Kampung Baru sebelum ini,” katanya.

KRONOLOGI:

  • 20 Ogos – Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
  • 24 Ogos – Media melaporkan kehilangan Nurin
  • 26 Ogos – Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
  • 28 Ogos – Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
  • 29 Ogos – Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
  • 1 September – Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
  • 3 September – Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
  • 3 September – Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
  • 4 September – Ganjaran meningkat kepada RM13,000
  • 5 September – Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
  • 5 September – Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
  • 10 September – Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
  • 11 September – Hari ulang tahun ke-8 Nurin
  • 14 September – Ganjaran meningkat kepada RM26,000
  • 17 September – Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
  • 17 September – DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
  • 20 September – DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
  • NURIN JAZLIN BLOG‘S

  • Share/Bookmark
No comments

EBIFC

September 20th, 2007 | Category: EVENT,RAMADHAN

promobukaposeebifcdp2.jpg

ebifc

map to KELAB DARUL EHSAN

  • Share/Bookmark
No comments

MARHABAN DI ASTRO

September 19th, 2007 | Category: EVENT,RAMADHAN

marhabandiastro2007.jpg

Bawalah seisi keluarga ke lokasi-lokasi berikut :

Tarikh

Lokasi

15 & 16 Sept 2007

Kuantan Parade, Kuantan, Pahang

21 & 22 Sept 2007

City Plaza, Alor Star, Kedah

28 & 29 Sept 2007

Mydin, Kuala Terengganu, Terengganu

6 & 7 Okt 2007

Jusco Bukit Raja, Kelang, Selangor

ARTIS-ARTIS TERLIBAT
 

Tarikh

Lokasi

Artis

15 & 16 Sept 2007

Kuantan Parade, Kuantan, Pahang
Aswad, Shawal, Heliza, Zila, Haziq, Salima, Dafi, Afiq, Nora, Alam, Fitri, Farish, Idayu, Akma, Edlin, Kump. Firdaus
 

21 & 22 Sept 2007

City Plaza, Alor Star, Kedah
Faizal, Aswad, Shawal, Heliza, Zila, Salima, Ebi, Afiq, Nora, Alam, Fitri, Farish, Idayu, Akma, Edlin, Kump. Firdaus
 

28 & 29 Sept 2007

Mydin, Kuala Terengganu, Terengganu
Mila, Aswad, Shawal, Ebi, Haziq, Zila, Farah, Salima, Afiq, Nora , Alam, Fitri, Farish, Idayu, Akma, Edlin, Kump. Firdaus
 

6 & 7 Okt 2007

Jusco Bukit Raja, Kelang, Selangor
Mawi, Aswad, Shawal, Heliza, Ebi, Faizal, Haziq, Zila, Salima, Farah, Zahid, Mila, Dafi, Afiq, Nora, Alam, Fitri, Farish, Idayu, Akma, Edlin, Kump. Firdaus
 
 
  • Share/Bookmark
No comments

UNIKNYA RAMADHAN ZAHID AF2

September 16th, 2007 | Category: JOURNAL BLOGS,RAMADHAN,SELEBRITI

pict0071.jpgbulan ramadhan almubarak mengorak langkah untuk bintang af dibulan yg mulia ini,antara aktiviti bulan ramadhan cara mereka bersahur hinggalah berbuka puasa,..pada minggu ini zahid af2 membuka tirai dlm rancangan uniknya ramadhan.

lama x dengar cerita zahid kan,maklumla bz ngan show serta marhaban astro,so kali ini zahid berbuka puasa bersama keluarga angkatnya di kuching sarawak,wah jauhnya buka puasa sampai ke kuching,mesti masaskan keluarga angkat zahid tue meletup..huhhu..yg penting zahid tau makan jer..kalau nak masak setakat telur goreng tue bolehlaaa..huhuhu jgn mare..

setibanya zahid di kuching zahid besiar-siar dulu dibandar kuching,hai sempat lagi tgk org mancing udang ingat kt kampungkan maser mancing udang besar sgt udang zahid dapatkan…okayla berbalik pada masakan mak angkat zahid tue tadi,rupanya mak angkat zahid ni mesti ader gerai makanankan,ye la mana tak nya roti canai punya la banyak..ntah2 zahid belajar bt roti canai dari mak angkat zahid ek..patutla sodap..ingat roti canai bila zahid nak bt kenduri roti canai lagi…mengidam rasernyer..huhuhu..

wah banyak gak masakan tuk berbuka puasa tue ek zahid..tapi yg macam nak raser tue yg makanan lembik tue ala pakai chopstik tue aper namanyer tah..macam sedap jer…tertelan air liur kamik tgk…gitewww…yg penting baju melayu tue mmg cantik skall…ader beli satu ka dua ka..bawa balik malaysia..baju kurung huhuhu…kasi mama la.apalagi..nanti gamba2 tue jgn lupa la pastkan kat maner2..zahid tahun nie cuti balik teluk intan berapa hari…hmmm mancing udang..??jgn lupa caling2 ek..

  • Share/Bookmark
4 comments

PIERRE

September 16th, 2007 | Category: SELEBRITI
Pierre: Saya pernah sayang Fasha!
14-09-2007 10:18:11 AM
oleh WAHIDA ASRANI

Pierre mengaku terbawa-bawa watak Kogi yang sayang pada Nia, lakonan  Fasha (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Jawapan ‘hanya kawan’ dan ‘kami tetap berkawan’ terus diungkapkan oleh Pierre tatkala diajukan pandangannya tentang gosip baru antara Fasha dan Hans Isaac.

Tetapi, jejaka berusia 22 tahun ini tidak segan-silu mengakui pernah menyimpan perasaan ‘sayang’ terhadap gadis itu.

“Memang saya akui, ada perasaan sayang tu. Tapi, akhirnya saya sedar perasaan itu sebenarnya wujud kerana saya terbawa-bawa sikap dan watak Kogi yang sayangkan Nia (Fasha) dalam filem 9 September.

“Kadang-kadang sebagai pelakon, memang kita akan terbawa-bawa watak yang kita lakonkan di luar set. Itu saya tidak nafikan.

“Saya sendiri sebenarnya kena kawal perasaan dan perlu ingat pada prinsip saya yang tidak mahu terjerumus dalam cinta lokasi.

“Tetapi, katakan saya ada simpan perasaan pada Fasha pun, saya tidak ada hak untuk halang sesiapa saja yang dia suka sebab kami pun tidak pernah declare hubungan kami lebih dari kawan.

“Dia ada hak berkawan dengan sesiapa dan sehingga hari ini kami berdua masih rapat dan saling menghubungi antara satu sama lain. Kami tidak pernah bercinta pun sebab masing-masing memang sibuk.

“Saya pun banyak mengarah filem sekarang ini dan tengah buat persediaan untuk filem arahan saya yang ketiga tidak lama lagi,” kata Pierre yang ditemui baru-baru ini.

Beralih topik dan mengulas pula tentang projek terbarunya, kata Pierre, dia kini di dalam proses untuk menyiapkan dua buah skrip filem iaitu Playboy dan Undercover.

“Kedua-dua filem ini masih akan diterbitkan oleh Metrowealth. Kemungkinan selepas raya nanti kita akan mulakan dengan filem bercorak aksi yang memaparkan dunia polis iaitu Undercover dulu.

“Buat masa ini, saya belum boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi sebab skrip masih di dalam proses.

Pierre antara Pengarah harapan David Teo, bos Metrowealth

Tetapi, terkejut juga kerana David Teo masih meletakkan kepercayaan pada saya walaupun dua buah filem arahan saya masih lagi belum ditayangkan,” jelas Pierre.Filem 9 September akan ditayangkan di pawagam pada 1 November ini dan ia mengisahkan bagaimana Nia (lakonan Fasha), perempuan yang berpewatakan kasar dan ganas ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak itu, dia menyimpan dendam terhadap lelaki.

Mangsanya adalah Kogi (Pierre), seorang lelaki yang baik dan jujur yang sering dibuli oleh Nia. Lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik di dalam diri masing-masing sehinggalah kekasih lama Nia kembali ke pangkuannya.

Maanakala filem keduanya yang juga menampilkan genre romantik komedi, I’m Not Single baru saja selesai menjalani penggambaran.

Filem yang bakal menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini membariskan

 
 

pelakon muda sebagai tunggak utamanya iaitu Farid Kamil dan bintang baru, Lisa Surihani.I’m Not Single mengisahkan tentang Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan keluarga masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil.

Walaupun tiada perasaan cinta dan saling membenci antara satu-sama lain, Adam dan Maya tiada alasan kukuh untuk membantah perkara tersebut walaupun pada masa yang sama, Maya sendiri sudah mempunyai teman lelaki, Dani dan juga telah merancang untuk berkahwin.

Pelbagai peristiwa lucu dan konflik terjadi pada pasangan ini lebih-lebih lagi apabila Maya meminta untuk diceraikan walaupun ketika itu mereka sudah mula mengenali diri masing-masing.

“Bagi saya, seboleh mungkin saya ingin seimbangkan antara kuantiti dan kualiti. Saya risau juga dengan kemampuan saya. Saya takut dengan expectation orang ramai terhadap saya.

“Tetapi, bila lihat David yakin dengan saya, saya terfikir kenapa saya sendiri tidak boleh yakin dengan diri sendiri. Saya sedar saya masih baru di dalam bidang pengarahan, jadi bagilah masa untuk saya buktikan kemampuan sebenar saya,” kata Pierre.

  • Share/Bookmark
2 comments

MERDEKA EVE

September 15th, 2007 | Category: EVENT,VIDEO

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=3T8OpD-Uf9s]nie video mase merdeka eve kt ampang superbowl times square n thats was havoc kat saner,ader countdown ader plak dance show..ala coyote uglyla giteww..tapi penarinya terpaksa dirahsiakan,tak nak publisiti kalau nak tahu dtgla ampang superbowl times square..biasala lepas geram kat centerla coz kena kejekan..huhuhu

  • Share/Bookmark
2 comments

HANS

September 13th, 2007 | Category: SELEBRITI

Hans sudah lupa parut semalam!
13-09-2007 10:31:58 AM
Oleh ZIEMAN

Bukan sombong tetapi pelakon macho Hans Isaac lebih betah bergerak solo buat ketika ini.

Walaupun ramai wanita yang hadir dan ingin rapat dengannya, pintu hati Hans bagaikan tertutup.

“Saya tidak mahu memikirkan soal cinta lagi. Dating tu biasalah tapi sekadar jumpa dan makan saja. Saya manusia biasa perlukan teman dan kawan tapi buat masa ini, I have no relationships, no affairs of the heart. Saya lebih senang bersendirian.


Hans setakat kawan biasa sahaja dengan Fasha

“Yang pasti saya cukup gembira dan tenang sekarang kerana dapat berikan tumpuan kepada karier dan bisnes saya,” jelas pelakon kacak berusia 36 tahun ini.

Hans juga sudah mengagak ramai yang akan tersalah tafsir hubungannya dengan pelakon jelita Fasha Sandha. Walau berkali dikaitkan dengan Fasha, jawapan yang diberikan oleh Hans tetap sama.

“Setakat kawan biasa sahaja….,” jelasnya singkat.


Hans bersama ibu tercinta, Carmina Isaac

Hans sedar apa sahaja yang dilakukannya kini akan menjadi perhatian media dan orang ramai. Justeru, apabila Hans kelihatan intim dengan Fasha, gosip liarpun bermula.

“Semua berita itu tidak betul. Tidak semudah itu saya akan bercinta lagi. Saya perlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Kini baru saya sedar berapa banyak masa saya rugi kerana tumpuan dulu.

“Setakat berbincang sebagai rakan artis adalah. Lagipun Fasha akan membintangi filem saya ‘Laga Ikan’ jadi banyak yang perlu kami bincangkan.

“Orang yang buat gosip ni tidak kenal siapa saya. Tidak perlulah saya komen dengan lebih lanjut…,” kata Hans lagi.


Hans lebih tenang sekarang

Menurutnya, baru-baru ini, ada seorang kawannya berkata yang Hans telah banyak berubah semenjak satu tahun kebelakangan ini.

“Bila saya fikirkan balik, mungkin ada kebenaran cakapnya. Nasib baiklah saya tersedar cepat. Kini hidup saya lebih tenang. Saya bebas berjumpa dengan sesiapa saja. Kalau hendak pergi dating pun tak payah sembunyi-sembunyi lagi….,” jelas pelakon yang baru saja pulang dari percutian di Pulau Sipadan, Sabah ini.

Kehidupan Hans kini lebih sibuk, terisi dan cukup bermakna di samping keluarga dan rakan tersayang.

Hans juga redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Fasa putus cinta dengan bekas kekasih, Erra Fazira yang kini sudah menjadi tunangan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin bukan lagi episod sedih dan memori luka buatnya.


Hans sibuk dengan karier dan bisnes

Malah Hans sudahpun lupa parut semalam dan memaafkan Erra.Perkara itu dinyatakan dalam bentuk SMS kepada Erra tempoh hari sebelum hari pertunangan Erra.

“Saya rasa saya perlu memaafkan Erra agar hidup saya lebih tenang dan saya dapat damai di hati. Kalau sebelum ini, kawan-kawan saya kata setiap kali saya bercakap pasal kisah saya dengan Erra akan terselit nada marah, kini tidak lagi.

“Saya sudah boleh bercakap mengenainya tanpa rasa apa-apa. Saya tumpang gembira kalau dia bahagia sekarang. Saya doakan dia akan senantiasa bahagia. Bagi saya, kebahagiaan yang saya cari sebenarnya sudahpun ditemui….,” jelas pengarah, pelakon dan model yang sibuk membuat perancangan tentang filem keduanya berjudul Laga Ikan di bawah syarikat produksinya Tall Order Productions.

Debaran sebagai pengarah dan penerbit filem semakin terasa kerana Cuci, filem pertama arahan dan keluaran syarikatnya akan menemui peminat pada bulan Januari 2008.

“Saya cukup berdebar melihat reaksi orang ramai. Saya akan ke Bangkok awal bulan depan untuk kerja-kerja akhir pasca penerbitan. Sebelum itu, pada 21 hingga 26 September pula, saya bersama Harith Iskandar akan ke Phuket untuk menyiapkan filem Laga Ikan.

“Harap-harap bulan Disember ini, kita boleh ke lokasi untuk penggambaran filem ini,” katanya lagi yang akan mempertaruhkan nama-nama besar seperti Maya Karin, Fasha Sanda, Rusdi Ramli dan Afdlin Shauki untuk filem baru yang bercorak romantik komedi ini.

Dalam diam-diam, Hans sudahpun membuat perancangan untuk memulakan bisnes butiknya tidak lama lagi. Dengan memperkenalkan jenama ‘Bon’ butik yang akan menyediakan rangkaian pakaian untuk lelaki dan wanita itu akan beroperasi di Midvalley Megamall tidak lama lagi.

Itulah Hans, pelakon yang berwawasan jauh. Walau dilanda badai sekalipun, hatinya tidak pernah kenal erti penat dan putus asa. Seperti lakonan dan pengarahan, bisnes juga menjadi prioritinya.

Cinta?

“Oh… itu bukan agenda utama hidup saya!”

 

  • Share/Bookmark
No comments

Next Page »