Archive for July, 2007

BERSANTAI BERSAMA MILA

July 27th, 2007 | Category: EVENT

 

 

  • Share/Bookmark
No comments

SHAWAL FC GATHERING

July 26th, 2007 | Category: EVENT


Gathering Shawal FC yang pertama ini adalah berkonsepkan ‘Hi-Tea’ serta bertemakan konsep ‘Retro Agogo’. Kesemua peminat Shawal dialu-alukan untuk menghadiri dan memeriahkan majlis ini! Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Shawal…

Selain sesi bergambar dan persembahan nyanyian Shawal, pelbagai aktiviti menarik juga akan dijalankan. Seperti Games, Lucky Draw, Best Retro Dress of the Day & macam2 lagi!;)

TARIKH: AHAD, 5 OGOS 2007
MASA: 1 PETANG (PENDAFTARAN)
KOD PAKAIAN: AGOGO 70-an BIRU @ SEBARANG PAKAIAN BIRU
TEMPAT: DEWAN YAYASAN TUN ABDUL RAZAK, JLN BKT BINTANG

ALAMAT DAN PETA LOKASI:

Menara Yayasan Tun Abdul Razak,
200, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Gathering Map 1 Gathering Map 2

Jika anda berminat untuk turut serta, sila e-mailkan kepada kami di ( <!– var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’; var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’; var addy26286 = ‘gathering’ + ‘@’; addy26286 = addy26286 + ‘shawalfc’ + ‘.’ + ‘net’; var addy_text26286 = ‘gathering’ + ‘@’ + ‘shawalfc’ + ‘.’ + ‘net’; document.write( ” ); document.write( addy_text26286 ); document.write( ” ); //–>\n gathering@shawalfc.net <!– document.write( ‘‘ ); //–> This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it <!– document.write( ” ); //–> ) berserta maklumat2 berikut untuk tujuan pendaftaran;

  • NAMA
  • NO TELEFON
  • BIL ORANG

BAYARAN:
RM35.00 (DEWASA)
RM15.00 (KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN)

Bayaran boleh dibuat pada hari gathering itu nanti. Namun, jika anda ingin membuat bayaran awal, sila berbuat demikian sebelum 3 Ogos 2007 ini. Setelah selesai pembayaran dibuat, sila e-melkan kepada kami ( <!– var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’; var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’; var addy26286 = ‘gathering’ + ‘@’; addy26286 = addy26286 + ‘shawalfc’ + ‘.’ + ‘net’; var addy_text26286 = ‘gathering’ + ‘@’ + ‘shawalfc’ + ‘.’ + ‘net’; document.write( ” ); document.write( addy_text26286 ); document.write( ” ); //–>\n gathering@shawalfc.net <!– document.write( ‘‘ ); //–> This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it <!– document.write( ” ); //–> ) maklumat berikut;

  • NAMA PEMBAYAR
  • NO AKAUN
  • NO RUJ BANK-IN SLIP
  • MASA TRANSAKSI
  • NO TELEFON
  • BIL ORANG


BANK-IN BAYARAN KE:

Maybank2U
NAMA: ARTFUL CREATOR
NO AKAUN: 512147034309

  • Share/Bookmark
No comments

Hello world!

July 22nd, 2007 | Category: JOURNAL BLOGS

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

  • Share/Bookmark
1 comment

DAYANG NURFAIZAH 20 07

July 21st, 2007 | Category: EVENT

Dayang 20 07 itulah tajuk atau tema yang berlansungnyer di planet hollywood petang tadi kira2 3.30ptg pada 21 julai,20 07 adalah tarikh kelahiran dayang dan juga turut dimuatkan dalam album baru dayang,..walaupun hujan agak lebat pada ptg tue ia tidak mematahkan semangat peminat2 dayang datang untuk menyaksikan persembahan pada petang itu..ramai jugakla yang hadir pada petang tue,dayang yang tetap seksi dengan gaya yang tersendiri memukau peminatnyer pada petang itu…

dayang menyampaikan beberapa buah lagu yang hit serta lagu album terbaru dayang,..uols jangan tak beli album nie semua lagu2 meletopss….tak rugi coz setiap album dayang menampilkan lagu yang hebat disamping penlis lirik,pencipta yang terkenal yang menjayakan album ini..

peminat yang datang dari singapore,sabah,port dickson dan sekitar lembah klang,para peminat juga dijamu dgn sepotong kek coklat dari planet,kek dayang kot…coklat uols sedap skall..

dayang juga turut menyampaikan lagu medley giler kata dayang..segmen request mmg wajib bagi dayang setiap kali membuat persembahan,ia menghargai peminat dayang serta menonjolkan kemampuan dayang menyanyi lagu2 penyanyi lain serta lagu2 dayang yang popular pada masa lalu,.

dayang juga sempat warning,bknla warning bak kata dayang setiap kali peminat jumpa dayang nak suruh dayang nyanyi lagu emil emelda,..padahal tajuk lagu tue ingin kumiliki bukannya emil emelda..kalau uols jumpa dayang cuba usik dayang suh nyanyi lagu emil emelda…huhuuhu..mesti dia anginn..

so dayang show hari ni mmg vasss…aku juga terhibur dan berpuas hati sampaikan kalau boleh sambung lagi sanggup aku tunggu walaupun aku kerja..anyway dayang happy birthday to you..

more story:sensasi selebriti,judds
more pic n video:azlandaniel

  • Share/Bookmark
No comments

KARAOKAY NANAFC

July 20th, 2007 | Category: EVENT

more pic

bertempat diplaza yeow chuan 20 julai lebih kurang pukul 9 mlm nanafc n frenz telah mengadakan pertandingan kokay antara frenz tapi bukanlah grand cuma ala-ala bersantai gitew,kehadiran hampir 15 org telah mengamatkan suasana didalam bilik yg amat besarnya,..sementara menuggu nana dtg peserta dah berlatih awal2 dah bak kata org warm up la,maner tahu kang nana ader plak suara tak kuar…huhuso nana yg juga turut hadir bersama reza dan dafi merasmikan pertandingan dgn lagu inul…apalagi pakat dok gelekla semuanyer,reza,dafi dan nanafc pun turut bergelek..acara diteruskan juga dgn nyanyian dari perserta2 lain yg melontarkan suara mereka yg lunak semerdu-merdunyer…

nana juga hampir kagum dgn salah seorang perserta menyanyikan lagu mawi sambil tak berkelip biji mata nih…dok perhati dia nyanyi…tahniah bang ader bakat terpendam rupernyer…semua perserta dh nyanyi tiba plak giliran nana,reza n dafi bergabung suara berduet dgn lagu diorg yg meletup tue…

walaupun tak berapa ramai yg hadir mgkn hujan,..mmg meriah sgt hari tue,tapi aku tak tau saper menang coz kena balik awal ader hal…nantila ty adeq…huhuu..sory adeq kena balik awal ader hak kat umah…

so thks to all participant yg hadir antaranyer fiq,kawan fiq lupe nama,skadi,frenz yg lain,angah,adeq,jea,dan ramai lagila…semoga adakanlah lagi program seperti ini lagi…
terima kasih daun keladi..

p/s:baru jer citer pasal pak arab maser lalu kat bukit bintang ader plak pak arab nie bergaduh ngan mamat teksi…hai pak arab ko ni mmg hanjsss

  • Share/Bookmark
No comments

PAK ARAB

July 19th, 2007 | Category: JOURNAL BLOGS
kalau baca jer topik ini mesti ada diantara anda dah tahukan,bosan giler bila layan karenah pak arab nie,dh la datang malaysia pastu buat berlagak plak,dah bodoh sombong plak tue,hanjss betul..aku mmg bosan bila layan pak arab nie semenjak 2 menjak nie,maner datang tah ramai2 sekarang nie..

tahula tahun melawat malaysia,yang banyak datang pak arab,bengang campur geram bila bercakap ngan pak arab nie,..dah lah bangang buat mcm tahu plak tue,main boling pun tak reti,lepas tu berlagak mcm tahu..mcm ni arab,yang kita bayangkan negara islam yang penuh dengan adat2 sopan santun…perhhhh kalau korang nak tahu pak arab niela yg paling teruk skali,kalau yang baik,baik betul,kalau datang yang bagang mmg bagang giler…

hari2 nak kena bertekak ngan pak arab nie…bosannnnn…dia ingat dtg negara kita dia taikola..pala but dia..sory kluar perkataan keji coz mmg aku pun dah malas nak berlagak baik ngan pak arab nie..dari bapak sampaila anak beranak,sombong,bongkak,bangang,begap dan berbagai lagi la…kalau korang dalam bidang customer relation korang tau la perangai pak arab nie…hanjingggg sgt…

  • Share/Bookmark
No comments

SHOWCASE LOVE IS CINTA

July 18th, 2007 | Category: EVENT

Showcase yang diadakan di mydin subang 17 julai sempena filem love is cinta gandingan acha dan irwansyah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang dari filem myheart..

kira dalam pukul 3.30ptg pelakon ini tiba dan sambutan yang meriah diberikan bagi penduduk subang ramai sekali yang datang yg memenuhi ruang legar mydin mampu memukau mata pengunjung yang datang membeli belah disitu,pelakon ini juga sempat mendendangkan 2 buah lagu iaitu myheart dan ada cinta,..lebih kurang 4.30ptg seisi autograf dan bergambar..tayangan filem ini pada 19 julai,mari kita saksikan kehebatan filem ini..ayuh dong..

SYNOPSIS

Filem terbaru ini ialah kisah mengenai Ryan (Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa), dua sahabat akrab yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi. Di sebalik kemesraan mereka sebagai rakan karib, tersemat di hati masing-masing bahawa mereka sebenarnya saling mencintai satu sama lain tetapi malu untuk meluahkan perasaan. Masa berlalu, Ryan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Tragedi malang menimpa Ryan sebelum dia sempat melafazkan kata cintanya kepada Cinta. Cinta kecewa kerana Ryan pergi tanpa memberitahu sejauhmana hubungan mereka berdua. Ryan turut gelisah dan tidak akan pergi sebelum memberikan kepastian hubungannya, walaupun melalui perantaraan orang lain, iaitu Doni (Raffi Ahmad).

 

Doni berusaha menghubungi Cinta, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan. Malang menimpanya bila keluarga Cinta turut tidak mempercayai bahawa dia adalah Ryan, kawan karib Cinta suatu ketika dahulu. Keadaan menjadi semakin kelam kabut bila Ryan mengesyaki Doni menjalinkan perhubungan sulit dengan seorang lelaki, Papi (Sabar). Pada masa yang sama, Cinta menemui pengganti dalam hidupnya, Ivan (Andhika Pratama). Demi kesuntukan masa, Ryan melakukan apa sahaja bagi membuktikan kesahihan cintanya terhadap Cinta. Namun dia hanya berhasil memujuk keluarga Cinta menerimanya tetapi Cinta masih berbelah kerana Ivan mengakui dia turut mencintainya.

 

Ryan semakin jauh daripada Cinta dan memutuskan untuk berpisah. Namun dia sempat memberitahu Cinta bahawa dia akan pergi ke tempat mereka selalu berjumpa untuk mendapatkan kepastian.

MORE PIC

  • Share/Bookmark
No comments

CAT DAH KAWIN

July 15th, 2007 | Category: SELEBRITI

Selamat Pengantin Baru Shugagi & Shugiga
13-07-2007 10:41:36 AM
Oleh DALILAH IBRAHIM

HARI yang dinanti-nanti telah pun tiba. Hari ini, Jumaat, 13 Julai 2007, bakal menyaksikan Cat Farish dari The Fabulous Cats mengakhiri zaman bujang dengan buah hati pilihan hatinya, Hartini Ramly, 24.

Majlis pernikahan Cat dan Hartini akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Bangi pada jam tiga petang selepas sembahyang Jumaat dengan hantaran sembilan dulang termasuk wang hantaran sebanyak RM13,000 berbalas 11 dulang.


Inilah dia Hartini, buah hati Cat – gambar yang diambil di hari pertunangan mereka
(Foto koleksi peribadi Cat Farish)

Kalau ketika ini kebanyakan pengantin lelaki biasanya sedang berpeluh menghafal lafaz akad nikah, Cat, 33, yang sentiasa ‘cool’ tidak sedikit pun merasa gentar menjelang hari pernikahannya.

“Tak ada rasa nervous atau kelam-kabut pun…sebenarnya saya tak sabar-sabar nak menikah ni, ujar Cat sambil tertawa ketika ditemubual baru-baru ini sewaktu menjayakan konsert SuriaFM Green Everyday 2007 di Bukit Jalil.

Menurutnya, mungkin salah satu faktor yang menyebabkannya begitu tenang adalah kerana dia tidak pernah menghadiri mana-mana majlis pernikahan.

“Selama ini saya cuma menghadiri majlis persandingan. Pada saya itu seronok,” katanya yang turut teruja dengan hantaran sepasang kasut boots jenama Timberland, pemberian dari pihak pengantin perempuan.

“Memang saya boleh beli sendiri tetapi sebab ini hadiah dari bakal isteri, saya lebih menghargainya,” ujar Cat yang telah mencipta lagu Bila Bila Katakan untuk Hartini yang dimuatkan di dalam album The Fabulous Cats yang meletup dengan lagu Papa Jahat.


Cat dan the Fabulous Cats tetap membuat persembahan walaupun sibuk dengan persediaan menjelang perkahwinannya
(Foto fail mStar)

Majlis persandingan di sebelah Cat pula bakal diadakan pada 21 Julai di Kuarters Pegawai Polis, Jalan Duta di Kuala Lumpur dan berkonsepkan “garden wedding featuring kampung dishes“.

“Saya memang sukakan majlis yang santai tetapi ada unsur tradisional,” ujar Cat yang mengeluarkan seribu keping kad jemputan ke majlisnya.

Ujar Cat lagi, saudara-maranya Melaka, Perak dan Johor akan turut hadir untuk memeriahkan majlis persandingan itu nanti selain dari rakan-rakannya yang akan turut membuat persembahan.

Cat menceritakan bahawa bakal isterinya itu adalah seorang yang serius dan bertanggungjawab. Bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya, Hartini merupakan anak sulung dan kakak kepada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

“Orang cakap perangai saya ‘gila-gila’ tapi entah macam mana kami berdua serasi bersama. Mungkin sebab saya sering buat dia ketawa dengan perangai saya,” ujar Cat yang hanya mempunyai seorang adik perempuan.

Keluarga mereka turut merestui perhubungan mereka dan amat gembira dengan penyatuan kedua-dua merpati dua sejoli ini.

“Walaupun keluarga kami amat sporting, kami memang tidak pernah menyalahgunakan kepercayaan yang diberi. Sehingga sekarang pun saya masih meminta izin dari ibunya kalau ingin membawanya keluar dating dan saya akan menghantarnya balik sebelum jam 12 tengah malam,” ujar Cat lagi sambil menambah bahawa panggilan manja antara mereka adalah Shugagi dan Shugiga.

Bakal berbulan madu di Pangkor Laut Resort, Perak, dan juga beberapa destinasi di Eropah, Cat berkata dia ingin mempunyai anak yang ramai.

“Saya memang inginkan keluarga yang besar. Keluarga kami di kedua-dua belah pihak kecil sangat,” ujarnya.

Buat sementara waktu, Cat dan Hartini akan tinggal bersama keluarga mereka sebelum mencari rumah yang sesuai untuk membina keluarga mereka.

“Biarlah keluarga kami puas untuk bersama-sama kami dahulu,” ujar Cat yang akan meneruskan kerjayanya dibidang hiburan ini.

Katanya oleh kerana Hartini bekerja di Putrajaya dan dia di Petaling Jaya, mereka perlu mencari rumah yang sesuai agar kedua-dua mereka tidak manghadapi kesukaran untuk ke tempat kerja.

Editor: mStar Online mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Cat Farish dan Hartini. Semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayaT.

azlandaniel:p/s:kawin jugak nko ek..semoga berbahagia sampai keanak cucu cicit dan hingga keakhir hayat..

  • Share/Bookmark
No comments

NANA SEKSI ADA HAD

July 15th, 2007 | Category: SELEBRITI

DISEMBER ini, genap tiga tahun Nurul Hana Che Mahazan bertugas sebagai penyampai radio Era. Penutup tirai 2007 juga bakal menyaksikan kontrak gadis yang mesra disapa Nana ini dengan stesen radio swasta popular itu berakhir.Berbekalkan bakat serta kepetahan yang disokong dengan populariti, anak jati Muar, Johor ini menjadi perhatian pelbagai pihak yang berminat melamarnya, termasuk beberapa stesen radio popular.

Pun begitu, dia yang baru menyambut ulang tahun ke-24 pada 1 Julai lalu menjelaskan, mustahil dia berpaling kerana hatinya masih di Era.

Nana yang mengendalikan segmen Petang di Era yang bersiaran dari jam 1 hingga 4 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan Carta Era setiap Ahad setiap Ahad dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari bersama Aznil Nawawi berkata, berat hatinya meninggalkan Era kerana karier sebagai penyampai radio bermula di stesen itu. Banyak memori manis dilakar bersama teman setugas.land.swf?m4campaignid=2371&clickTARGET=_blank&clickTAG=http://avn.innity.com/avncl.php?maxparams=2__bannerid=1984__zoneid=604__cb=a04d25614d’, ’400′, ’200′, ’0′, ’0′, ‘transparent’, ‘inpage’, ’1′, ”, ‘http://avn.innity.com/avncl.php?maxparams=2__bannerid=1984__zoneid=604__cb=a04d25614d’); //–>
“Nana mula dikenali menerusi pertandingan nyanyian, Akademi Fantasia. Pun begitu, kekuatan Nana bukan dalam bidang nyanyian, sebaliknya pengacaraan.

“Nana boleh menyanyi, tetapi tidaklah sesedap mana. Sudah tertulis dunia pengacaraan jadi periuk nasi Nana. Alhamdulillah.

“Insya-Allah, kontrak Nana dengan Era akan disambung dua tahun lagi. Tidak dinafikan ada beberapa pihak menawarkan Nana bekerja dengan mereka, tetapi Nana tolak dengan baik kerana Nana selesa di Era.

“Sepanjang tempoh berkhidmat di stesen radio ini, Nana berusaha meningkatkan kualiti penyampaian dari semasa ke semasa.

“Jika anda perasan, rancangan yang Nana kendalikan juga banyak perubahan. Kalau dulu banyak iklan, tetapi kini selepas tujuh lagu baru disisipkan iklan.

“Nana juga banyak berinteraksi dengan pendengar. Memandangkan segmen Nana pada waktu tengah hari dan petang, topik yang dibincangkan biasanya ringan bagi mengelak pendengar mengantuk.

“Pun begitu Nana sedar, kelemahan Nana paling ketara adalah cakap terlalu laju. Selepas ini kena perlahankan sikit supaya semua orang dapat tangkap dan faham apa yang Nana perkatakan,” katanya yang sentiasa ceria dan lincah.

Nana juga tidak menafikan, bekerja dengan stesen radio nombor satu menuntutnya lebih komited, malah tekanan yang dipikul juga lebih berat kerana perlu mengekalkan kedudukan itu.

“Seronok memang seronok bila Era mendahului stesen lain, tetapi bebanan yang ditanggung makin bertambah. Warga kerja Era perlu memastikan stesen ini sentiasa mendahului kedudukan dan ia menuntut usaha yang bukan sedikit.

“Namun saya percaya, berkat usaha dan strategi yang diatur oleh pengurusan, Era akan bertahan sebagai stesen radio nombor satu hingga 10 tahun lagi, insya-Allah,” katanya yang menyifatkan Linda Onn, Halim Othman dan Aznil Nawawi sebagai mentor.

Daripada penyanyi beralih kepada pengacara, Nana juga berpotensi dalam bidang lakonan.

Tidak hairanlah mengapa sutradara terkenal, Bade melamarnya membintangi filem Gangster pada 2005 dan terbaru, Malaikat Maut yang dijangka menemui penonton penghujung tahun ini.

Masih kekal dengan watak antagonis, namun kali ini dia divisualkan sebagai gadis black metal di samping pelakon muda berbakat besar, Que Haidar, Awal Ashaari dan Sherry.

Akui Nana, kali ini dia lebih bersedia muncul di layar perak. Kepercayaan yang diberikan Bade membakar semangatnya untuk kembali beraksi, meskipun satu ketika dulu dia pernah melafazkan di depan wartawan tidak lagi berminat membintangi filem.

“Malu juga kerana selepas Gangster, Nana pernah cakap dengan wartawan tidak mahu berlakon lagi.

“Namun selepas melihat skrip Malaikat Maut, lain pula jadinya. Nana terbuka hati untuk menerima tawaran abang Bade.

“Selain skrip dan abang Bade, faktor lain mengapa Nana membintangi filem ini adalah untuk menyedarkan golongan muda supaya menjauhi gejala sosial dan ditegah agama.

“Kali ini Nana melakonkan watak gadis black metal. Cukup mencabar kerana ada babak lagak ngeri di mana kereta yang Nana, Que, Awal dan Sherry naiki terbalik. Menakutkan kerana kami lakonkan sendiri.

“Selain itu ada adegan Nana muntah, di mana untuk melakukannya Nana sumbat coke dan biskut banyak-banyak dalam mulut.

“Paling sukar, selepas adegan kereta terbalik, Nana kena menangis, walhal Nana memang jenis yang susah nak menangis.

“Puas juga Nana nak menjayakan babak ini, nasib baik menjadi. Jadual Nana ketika penggambaran ini memang padat, bayangkan penggambaran bermula enam petang berakhir pada 6 pagi keesokan harinya dan jam 10 pagi pula Nana bergegas ke konti,” katanya yang gembira bekerja dengan Bade.

Asam garam insan popular, pasti tidak lepas daripada kritikan, gosip mahupun kontroversi. Nana misalnya, sejak awal kemunculan, acapkali dia dikaitkan dengan imej seksi dan ‘gedik’.

Pun begitu, gadis ini tidak pernah peduli dengan kritikan yang sampai ke telinganya, jauh sekali melatah.

Katanya, apa peminat lihat adalah dirinya yang sebenar, baik sebelum, ketika atau selepas menyertai AF1.

“Seksi itu subjektif. Ia bukan menjurus kepada pakaian dan bentuk tubuh semata, ada kalanya bercakap dan pembawaan diri pun boleh menampakkan seseorang itu seksi.

“Kalau ada yang mengatakan apa yang saya pakai itu seksi, terserah kepada penilaian masing-masing. Hakikatnya dari dulu lagi saya berpenampilan sebegini.

“Pun begitu, seksi saya masih ada hadnya. Ada hati perlu dijaga. Banyak juga cerita yang keluar sebelum ini, tapi saya bersyukur kerana masih lagi dalam industri, malah peminat boleh menerima cara saya.

“Cuma satu mohon saya, jangan kaitkan ibu bapa saya dalam perkara ini. Mereka sudah mendidik saya sebaik mungkin dan saya bangga dengan mereka. Mereka tidak pernah memaksa kerana percaya satu hari manusia pasti berubah,” kata Nana.

Ikuti klip pilihan perbualan Metro Ahad bersama Nana di www.hmetro.com.my.

>Tiada lagi cinta

MENGULAS soal cinta, Nana seakan-akan mahu lari daripada topik yang diutarakan. Dalam tawa, terkesan keresahan di wajah gadis lincah ini.

Ia bagaikan menggambarkan cinta yang terjalin dengan seorang pengurus artis sejak tiga tahun lalu, bagaikan sudah bernoktah.

Nyata telahan penulis tidak tersasar jauh. Kata Nana, jadual kerja yang terlalu sibuk menyukarkannya komited dengan ikatan itu.

“Tidak dinafikan, sudah tiga tahun kami berkawan. Dialah tempat saya berkongsi suka duka dan apa saja masalah. Malangnya, sukar untuk kami kekalkan perasaan masing-masing lantaran kerjaya lebih menjadi keutamaan.

“Kini, kami mencari hala tuju masing-masing. Masih berfikir, adakah kami saling memerlukan. Nana pasrah dengan apa saja kemungkinan yang berlaku selepas ini.

“Yang pasti, fokus Nana kini adalah karier, soal hati dan perasaan biar masa dan takdir yang menentukan,” katanya yang menafikan wujud orang ketiga di antara mereka.

Fakta Nana

>Linda Onn banyak mengajar Nana daripada aspek teknikal, manakala Halim Othman pula penyampaian dan idea. Sangat mengagumi kredibiliti Halim yang mempunyai ramai pengikut setia walau di manapun bertugas.

>Lebih setahun berpasangan dengan pengacara popular, Aznil Nawawi mengendalikan Carta Era yang bersiaran setiap Ahad. Sepanjang bersama, banyak ilmu yang diperturunkan oleh Aznil, lebih-lebih lagi penyampaian dan bagaimana mahu menguruskan artis jemputan.

>Sukar menangis tapi mudah tersentuh hati apabila mendengar nyanyian hebat.

>Kelincahan dan sifat riang Nana sering disalah tafsir hingga ada melabelkannya gadis `gedik’. Pun begitu, dia tetap tenang dan melihat kritikan itu daripada sudut positif.

>Bakat yang dilahirkan menerusi pentas Akademi Fantasia ini antara paling menonjol berbanding rakannya yang lain.

Bukan saja popular sebagai penyampai radio, malah sebagai pengacara televisyen dan beberapa majlis berprestij.

P/S:walau macam maner pun nana pakai aper pun tetap cun n seksi,pakaila apa pun ttp vouge..

  • Share/Bookmark
No comments

GWEN STEFANI

July 14th, 2007 | Category: EVENT

clik pic for gwen home

  • Share/Bookmark
No comments

Next Page »